Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3

Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.

Program Profesionalisme Guru dan Staf

Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015

Hari Kualiti dan Inovasi

Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Sunday, December 30, 2012

Program Re-Orientasi Pelajar Ting.2,3 & 5


Program Re-Orientasi Pelajar Ting.2,3 & 5 akan diadakan sepanjang minggu pertama pendaftaran bermula 1 hingga 4 Januari 2013. Sila rujuk Jadual lampiran ...Klik untuk besarkan..

Selamat Kembali ke MRSM PDRM

Perhatian kepada semua pelajar MRSM PDRM (Tingkatan 2, 3 dan 5) 2013, anda dikehendaki untuk mendaftar di maktab pada tarikh 1 Januari 2013. Manakala pelajar Tingkatan 4, dikehendaki utk mendaftar pada 6/1/2013.. Semoga selamat smpai di sni..
INSYAALLAH 

Sunday, December 23, 2012

MRSM PDRM Cemerlang 23 terbaik MRSM + SBP

Tahniah buat MRSM PDRM yang cemerlang menduduki tangga ke 23 mengikut ranking MRSM dan SBP. Bersyukurlah kepada Tuhan atas kejayaan ini dan semoga kecemerlangan ini berkekalan.

Thursday, December 20, 2012

PMR 2012 : MRSM PDRM catat GPM 1.0651

MRSM PDRM, Kulim - MRSM PDRM meneruskan kecemerlangan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR 2012) dengan pencapaian cemerlang dengan 82 pelajar mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran dan Gred Purata Maktab (GPM) 1.0651 meskipun sedikit merosot berbanding keputusan tahun lalu dalam keputusan PMR yang diumumkan semalam.

Monday, December 10, 2012

Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM


MRSM Kulim - Lebih 400 pelajar cemerlang UPSR 2012 telah mengikuti Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) di MRSM PDRM, Kulim hari ini untuk kemasukan ke tingkatan 1 2013 di MRSM. Ujian tersebut bermula jam 8.30 pagi terbahagi kepada dua fasa iaitu sesi temuduga dan ujian bertulis di Dewan Sri Lanang berakhir jam 3.30 petang. Pihak MRSM PDRM mengcapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon-calon yang telah mengikuti ujian tersebut.