Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3

Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.

Program Profesionalisme Guru dan Staf

Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015

Hari Kualiti dan Inovasi

Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Monday, January 28, 2013

GAMBAR : Ceramah Maulidur Rasul 1434H


MRSM PDRM, 28 Januari - Satu Ceramah Maulidurrasul telah diadakan melibatkan semua pelajar dan guru di Dewan Sri Lanang, MRSM PDRM, Kulim yang disampaikan oleh Dr. Najmie (Pensyarah Institut Perguruan Tunku Bainun).

Lihat gambar : Link

Monday, January 14, 2013

Pelancaran Gemilang PMR & SPM 2013


Dewan Sri Lanang, 13 Januari - Majlis Pelancaran Gemilang PMR & SPM 2013 telah digerakkan dan dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Sri Lanang, MRSM PDRM oleh Yang Dipertua Muafakat MRSM PDRM, Kulim, Dr Jamil.

Majlis diserikan dengan persembahan Gimik Pelancaran yang kreatif dan penuh dramatik oleh Badan Wakil Pelajar.

Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar oleh wakil pelajar Tingkatan 5 dan diikuti semua pelajar tingkatan 5 dan 3.


Semoga calon-calon SPM dan PMR 2013 dapat menanam azam tahun 2013 ini untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM dan PMR pada tahun ini bagi merealisasikan cita-cita warga MRSM PDRM No.1. Insya Allah.


Tuesday, January 8, 2013

Guru dan Murabbi

Murabbi membawa maksud ‘pendidik’, yakni orang yang dipertanggungjawabkan bukan sahaja mengajar sesuatu ilmu, bahkan membentuk sahsiah dan peribadi murid ke arah kehidupan yang bermakna.

Kemasukan ke MRSM 2013


Semakan MRSM 2013 bagi keputusan Kemasukan ke MRSM 2013 untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4 akan tiba tidak lama sahaja lagi. Berdasarkan maklumat dan informasi yang kami perolehi tarikh semakan MRSM 2013 akan diumumkan pada minggu ketiga Januari 2013.
Seperti biasa setiap daripada anda yang ada menghantar permohonan ke MRSM boleh mengetahui keputusan kemasukan ke MRSM dengan melakukansemakan MRSM 2013 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 secara online atau secara SMS :

Semakan MRSM 2013 (Keputusan Kemasukan) Secara SMS

Anda boleh buat semakan kemasukan ke MRSM 2012 secara SMS. Format yang disediakan oleh pihak MARA adalah seperti berikut :
MARA<jarak>MRSM<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888

Semakan MRSM 2013 (Keputusan Kemasukan) Secara Online

  1. Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1
  2. Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4