Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3

Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.

Program Profesionalisme Guru dan Staf

Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015

Hari Kualiti dan Inovasi

Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Wednesday, November 19, 2014

Selamat Bercuti Guru & Pelajar

Selamat bercuti akhir tahun kepada semua guru dan pelajar MRSM PDRM. Semoga dapat memanfaatkan cuti sekolah yang panjang dengan aktiviti bersama keluarga dan membuat persiapan sesi persekolahan yang baru 2015 nanti. Pelajar akan bercuti dari 13 November 2014 hingga 4 Januari 2015, manakala guru akan mula bercuti bermula 19 November 2014 hingga 30 Disember 2014.

Sunday, November 2, 2014

SPM 2014 : Jadual Peperiksaan SPM 2014

Jadual waktu peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2014 telahpun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Peperiksaan Malaysia. Peperiksaan bertulis SPM tahun 2014 dijangka bermula pada Isnin, 3 November 2014 dan berakhir pada 3 Disember 2014. Semua calon-calon peperiksaan SPM 2014 diharap dapat membuat segala persediaan rapi untuk menghadapinya.

Selamat Menduduki Peperiksaan Semester 2 dan SPM


Sesi pengajian 2014 semakin menuju penghujungnya. Selesainya peperiksaan PT3 untuk pelajar tingkatan 3, kini giliran pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 5 pula bakal berhadapan peperiksaan Akhir Semester 2 dan SPM.

PERMOHONAN TINGKATAN 4 MRSM 2015


Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya telah membuka tawaran untuk calon memohon kemasukan ke tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2015 di semenanjung Malaysia secara atas talian (online) Berikut penulis sertakan maklumat berkaitan, antaranya prosedur untuk membuat permohonan dan syarat pemilihan kemasukan ke tingkatan empat (4) Maktab Rendah Sains MARA tahun 2015

PERMOHONAN TINGKATAN 1 MRSM 2015



Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya akan menerbitkan grafik iklan permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2015 semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak