Batu Feringgi, 11 Okt - Kursus Profesionalisme Guru MRSM PDRM 2013 telah berjaya dilaksanakan di Hotel Hydro, Batu Feringgi, Pulau Pinang dari 11 Oktober hingga 12 Oktober 2013 baru-baru ini dengan tema Guru Beretika Ke Arah Transformasi.
Beberapa slot menarik dan bermanfaat telah diatur untuk meningkatkan ilmu, kefahaman dan kemahiran guru antaranya bersama Dr. Mohd Nizam Mohd Ali, Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang mengulas isu Etika Perguruan.
Selepas itu, ruang diisi dengan perkongsian pintar dari En. Haziq dari Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) yang membincangkan Cabaran Jenayah IT yang menarik minat semua peserta tentang cabaran penggunaan peralatan-peralatan IT, keselamatan penyimpanan data, dan kesedaran jenayah cyber yang kian membiak.
Pada hari kedua kursus para peserta didedahkan dengan Kemahiran P & P yang berkesan yang di sampaikan oleh Dr Balasundram, Ph.D (USM), pensyarah gred DG52 , Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra, Kedah.
Kursus berakhir jam 12.30 tengahari.
No comments:
Post a Comment