Pihak MRSM PDRM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar tingkatan 3 yang menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai hari, 13 Okt 2014 ini hingga Rabu.
"Semoga dapat jawab soalan dengan tenang dan yakin,"
Sebanyak 453,413 calon mengambil ujian PT3 yang julung kali diadakan itu di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara. PT3 menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.
Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi.
Pelaporan pencapaian murid bagi PT3 diberikan dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F.
No comments:
Post a Comment