"Sejak saya datang ke MRSM PDRM, saya sangat teruja dengan keterbezaan MRSM PDRM
terutamanya asramanya. Sepatutnya keterbezaan itu menjadi kekuatan untuk MRSM PDRM ini melangkah ke arah kejayaan yang lebih gemilang.
Saya sangat percaya kejayaan pelajar menghidupkan asrama adalah sumber inspirasi ke arah kejayaan dalam bidang akhlak dan akademik. Insya Allah, warga MRSM PDRM mampu melakukannya.
Oleh itu, garapan usaha dari ibubapa, guru-guru homeroom, guru asrama, serta kepimpinan pelajar diharap dapat menyahut Cabaran 100 hari saya agar asrama MRSM PDRM muncul sebagai salah satu kebanggaan warga MRSM PDRM di masa akan datang. Insya Allah."
Objektif :
1. Mewujudkan persekitaran asrama MRSM PDRM yang selesa, cantik dan selamat untuk didiami.
2. Memupuk perasaan sayang kepada asrama di kalangan pelajar.
3. Mewujudkan kerjasama erat antara ibubapa, pengurusan maktab dan guru-guru homeroom untuk kepentingan dan kejayaan maktab.
DECO-DECO Apartmentku memberi ruang untuk para pelajar menterjemahkan konsep-konsep positif dalam perubahan asrama yang sedang dirancang. Proses hiasan ini mestilah memiliki 10 konsep utama yang berikut :
1. Ceria - Aktiviti Deco-deco Apartmentku hendaklah memilih warna dan perhiasan yang sesuai dengan keceriaan. Keceriaan membangkitan motivasi pelajar.
2. CANTIK - Elemen cantik perlu untuk memukau pandangan dan menimbulkan kebanggaan terhadap unit apartment masing-masing.
3. HARMONI - Konsep deco-deco hendaklah mempunyai unsur keHARMONIan. Menggabungkan elemen-elemen yang sesuai dengan adat budaya masyarakat Malaysia.
4. BIJAKSANA - Hiasan yang ditampilkan oleh pelajar mestilah melambangkan keBIJAKSANAan pelajar melalui pemilihan elemen-elemen kontemporari dan penuh ketelitian.
5. KREATIF - Aktiviti ini adalah ruang pelajar menterjemahkan kreativiti dan kemahiran diri menghias dan mencantikkan unit apartment.
6. INOVASI - Hiasan DECO-DECO menampilkan konsep inovasi dalam setiap hiasan yang dipilih.
7. KEMAS - Elemen kekemasan sangat penting dalam menyusun dan memastikan apartment dalam keadaan menarik.
8. BERSIH - Unsur paling penting iaitu memastikan kebersihan apartment sepanjang masa.
9. SERAGAM - Hiasan-hiasan di apartment juga mementingkan keseragaman dan konsisten.
10. 3K - Aspek Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan juga penting untuk memastikan apartment sentasa menitik beratkan persoalan bersih, menjamin kesihatan, dan selamat untuk
didiami.
No comments:
Post a Comment