Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3

Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.

Program Profesionalisme Guru dan Staf

Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015

Hari Kualiti dan Inovasi

Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Monday, November 16, 2015

Deco-Deco Apartmentku : Lonjak perubahan


Program Deco-deco Apartmentku yang baru diperkenalkan sejak bulan Julai baru-baru ini telah melonjak perubahan yang positif terhadap keceriaan apartment-apartment pelajar MRSM PDRM yang kini berubah wajah.

Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2016

Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi portal rasmi telah membuka permohonan untuk calon memohon kemasukan ke tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2016 di Semenanjung Malaysia secara atas talian (online)

Kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2016

Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi portal rasmi telah menerbitkan grafik iklan permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2016 untuk pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Program Deco-Deco Apartmentku


"Sejak saya datang ke MRSM PDRM, saya sangat teruja dengan keterbezaan MRSM PDRM
terutamanya asramanya. Sepatutnya keterbezaan itu menjadi kekuatan untuk MRSM PDRM ini melangkah ke arah kejayaan yang lebih gemilang.

Saya sangat percaya kejayaan pelajar menghidupkan asrama adalah sumber inspirasi ke arah kejayaan dalam bidang akhlak dan akademik. Insya Allah, warga MRSM PDRM mampu melakukannya.

Oleh itu, garapan usaha dari ibubapa, guru-guru homeroom, guru asrama, serta kepimpinan pelajar diharap dapat menyahut Cabaran 100 hari saya agar asrama MRSM PDRM muncul sebagai salah satu kebanggaan warga MRSM PDRM di masa akan datang. Insya Allah."






Objektif :

1. Mewujudkan persekitaran asrama MRSM PDRM yang selesa, cantik dan selamat untuk didiami.

2. Memupuk perasaan sayang kepada asrama di kalangan pelajar.

3. Mewujudkan kerjasama erat antara ibubapa, pengurusan maktab dan guru-guru homeroom untuk kepentingan dan kejayaan maktab.

DECO-DECO Apartmentku memberi ruang untuk para pelajar menterjemahkan konsep-konsep positif dalam perubahan asrama yang sedang dirancang. Proses  hiasan ini mestilah memiliki 10 konsep utama yang berikut :

1. Ceria - Aktiviti Deco-deco Apartmentku hendaklah memilih warna dan perhiasan yang sesuai dengan keceriaan. Keceriaan membangkitan motivasi pelajar.

2. CANTIK - Elemen cantik perlu untuk memukau pandangan dan menimbulkan kebanggaan terhadap unit apartment masing-masing.

3. HARMONI - Konsep deco-deco hendaklah mempunyai unsur keHARMONIan. Menggabungkan elemen-elemen yang sesuai dengan adat budaya masyarakat Malaysia.

4. BIJAKSANA - Hiasan yang ditampilkan oleh pelajar mestilah melambangkan keBIJAKSANAan pelajar melalui pemilihan elemen-elemen kontemporari dan penuh ketelitian.

5. KREATIF - Aktiviti ini adalah ruang pelajar menterjemahkan kreativiti dan kemahiran diri menghias dan mencantikkan unit apartment.

6. INOVASI - Hiasan DECO-DECO menampilkan konsep inovasi dalam setiap hiasan yang dipilih.

7. KEMAS - Elemen kekemasan sangat penting dalam menyusun dan memastikan apartment dalam keadaan menarik.

8. BERSIH - Unsur paling penting iaitu memastikan kebersihan apartment sepanjang masa.

9. SERAGAM - Hiasan-hiasan di apartment juga mementingkan keseragaman dan konsisten.

10. 3K - Aspek Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan juga penting untuk memastikan apartment  sentasa menitik beratkan persoalan bersih, menjamin kesihatan, dan selamat untuk
didiami.