Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Monday, October 1, 2012

Sejarah MRSM


PENUBUHAN MRSM


Maktab Rendah Sains Mara(MRSM)telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil.20 tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. 

MRSM didirikan untuk memberi kemudahan pelajaran diperingkat menengah dan pra universiti dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai kebolehan mental yang tinggi. Pendidikan MRSM akan membiasakan pelajar dengan pendidikan berasaskan sains dan satu aspek kebudayaan Malaysia yang akan memupuk perkembangan jasmani,rohani dan intelektual yang berpanjangan serta melahirkan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis,kreatif,sihat,luas dan mendalam di samping mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi.


Tujuan penubuhan MRSM ialah untuk melayani kehendak pelajar pelajar Bumiputera yang cerdik dan rajin di peringkat sekolah menengah dan pra-universiti.Penubuhan MRSM akan dapat; 

a. Memenuhi keperluan pelajar pelajar Bumiputera yang mempunyai keupayaan mental yang lebih tinggi serta berminat di dalam Sains dan Matematik.
b. Mendedahkan pendidikan bermirip sains dan teknologi serta unsur keusahawanan kepada pelajar pelajar di peringkat yang lebih awal supaya mereka dapat merasa keseronokan dan keupayaan belajar.
c. Mewujudkan program program kearah kesedaran potensi diri,prinsip hubungan manusia,kecekapan ekonomi dan orientasi keusahawanan.

Penubuhan MRSM telah mendapat persetujuan daripada pihak kerajaan pada tahun 1970. 1971 pembinaan MRSM yang pertama telah dimulakan di Seremban,Negeri Sembilan.MRSM sulung ini menempatkan seramai 150 pelajar dan 10 orang tenaga pengajar. 

1973 MRSM Kota Bharu pula ditubuhkan diikuti MRSM Kuantan 1974. Kini MRSM terdapat di setiap negeri di Malaysia. MRSM JASIN ditubuhkan pada tahun 1981 dan telah di resmikan pada 8hb. Mach 1984 oleh Timbalan Perdana Menteri  YAB Datuk Musa Hitam..Pada tahun 1983 Mara telah mengadakan kerjasama dengan pihak tentera dalam menubuhkan MRSM Terendak,konsep ini diteruskan apabila perjanjian antara MARA dan Polis Diraja Malaysia dan wujudlah MRSM PDRM pada tahun 1991 di Kulim.Yayasan Terangganu dengan MRYT-MARA di Besut dan Dungun.Setiap MRSM dibina dilokasi yang menggalakan pembelajaran dan dilengkapi dengan peralatan yang menepati keperluan pendidikan yang sempurna.

Wikipedia : MRSM PDRM

Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim (singkatan: MRSM PDRM Kulim) merupakan maktab yang diwujudkan atas dasar persefahaman antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1992. Maktab ini terletak di kawasan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah. Maktab ini berada dalam kawasan yang berhampiran dengan Sekolah Vokasional Kulim dan Kolej MARA Kulim

0 comments:

Post a Comment