Kemudahan sekitar Kulim
1. Hospital Kulim
2. Klinik Putra Medic (Swasta)
3. Pasaraya Tesco
4. Pasaraya Giant
5. Pasaraya Minat
Sungai Sedim Jeram Terbaik Malaysia
Sungai Sedim diberitakan mempunyai jeram terbaik di Malaysia sesuai untuk sukan lasak kayak. Ramai pengunjung, pelancung dari dalam dan luar negara seperti Thailand, Australia, Amerika datang untuk mengharungi cabaran di sini.
- Sedim Vista berada di sepanjang anak Sungai Sedim iaitu Sungai Riyau dan berdekatan denganTree Top Walk , yang merupakan laluan kanopy jalan kaki terpanjang di dunia meliputi jarak hampir 1 km.
- Sedim Vista yang jaraknya lebih kurang 20km dari Kulim Hi-Tech Park dan 45km dari Butterworh dan Sg.Petani merupakan destinasi rekreasi dan pelancongan serta perkhemahan berkonsepkan alam semulajadi di pinggiran jeram dan pinggiran hutan bukit bukau diliputi flora dan fauna yang menyejukkan dan mempersonakan setiap pengunjung. Keindahannya akan mengkagumkan anda.
- Sedim Vista menyediakan prasarana homestay/chalet berkonsepkan kayu (tradisional) sesuai dengan keadaan alam sekeliling di pinggiran bukit dan di tepian jeram Sungai Riyau.
Selain bersukan, orang tempatan biasanya menjadikan tempat ini sebagai tempat berkelah bersama keluarga. Sering juga dijadikan tempat untuk aktiviti ‘Teambuilding’ kerana di Kulim terdapat pelbagai syarikat multinasional seperti Intel, First Solar, Silterra dll.
Di sini juga terdapat Tree Top Walk, adalah tarikan baru yang menanti pengunjung. Jabatan besi yang di kenali sebagai Tree Top Walk Sungai Sedim telah di bina tinggi sehingga mencecah kemuncak pokok kayu yang merentas Sungai Sedim.Dari jambatan dapat dinikmati pandangan yang mempersonakan.
Untuk lebih info sila layari: http://sungaisedim.blogspot.com/
TREE TOP WALK - KEDAH
Kulim Golf And Country Resort
Kulim Golf And Country Resort
Persiaran Kulim Golf,Kulim Hi-Tech Park,09000 Kulim, Kedah 09000
04-4032828
Terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim. Terdapat kemudahan rumah kelab beserta padang golf 27 lubang serta kemudahan rekreaksi lain. Aktiviti utama yan di sediakan adalah permainan golf samaada untuk rekreaksi atau pertandingan sukan.
Taman Tasik Putra Kulim
Taman Tasik Putra Kulim, Kedah terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kulim. Ia dikelilingi oleh pusat perniagaan, pentadbiran, stesen bas serta berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia. Keluasan Tasik Putra secara keseluruhan ialah 50 ekar manakala keluasan kawasan takungan air lebih kurang 14 ekar.
Walaupun Taman Tasik Putra ini belum di bangunkan sepenuhnya, namun ia telah berjaya menarik ramai pengunjung. Pengunjung boleh melakukan aktiviti berjogging, dan bersiar di laluan pejalan kaki yang mengelilingi tasik.
Kelihatan sekarang ini, semakin meriah dan ramai pengungjung terutama diwaktu petang. Aktiviti menarik di sini ialah bermain layang layang.
Char Koay Teow Sg Dua (Telur Ayam Dibasuh)
Dibuka dari pukul 3.30 ptg hingga 2.oo pg.
Taman Hitech Kulim
Terletak 8 kilometer dari Bandar Kulim. Merupakan Taman Hitech bersepadu yang pertama di Malaysia. Aktiviti utama di taman ini adalah berjoging, berbasikal sambil menikmati keindahan landskap yang mempersonakan.Terdapat juga kemudahan-kemudahan seperti laluan pejalan kaki,pondok rehat, bangku dan taman permainan kanak-kanak.
Masih mengekalkan ciri ciri alam semulajadi. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang menjadikan taman ini unik dan menarik para pengunjung terutama para jurugambar.
Pasar Malam daerah Kulim
Salah satu usaha MPKK dalam membantu kepada penduduk setempat atau golongan peniaga kecil untuk menambah pendapatan dengan memberi peluang berniaga di Pasar Malam. Banyak tapak telah disediakan untuk para peniaga berniaga. Dengan bersyarat, peniaga perlu mendapatkan lessen perniagaan dari Jabatan Pelesenan, MPKK.
Memberi kemudahan kepada penduduk juga iaitu penduduk boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian di Pasar Malam. Memandangkan individu kini sibuk bekerja, maka luang masa untuk memasak adalah terhad. Jadi di pasar malamlah menjadi tempat untuk menjamu selera. Terdapat pelbagai juadah boleh didapati di Pasar Malam. Pihak MPKK telah menyediakan tapak Pasar Malam di sekitar kawasan yang berdekatan di seluruh Daerah Kulim. Yang menarik adalah , penduduk boleh mengunjung Pasar Malam pada tiap-tiap hari iaitu dari Ahad hingga Sabtu. Bermula pada jam 4 petang dan Pasar Malam akan berakhir sekitar jam 12.00 tghmalam.
Para pengunjung boleh juga mendapatkan pelbagai macam jenis buah-buah tempatan atau semasa di Pasar Malam ini. Para pengunjung juga dinasihatkan membawa bersama payung untuk kegunaan ketika hari hujan.
Jadual dan lokasi Pasar Malam di Daerah Kulim mengikut hari dan lokasi.
Ahad
Ahad
- Kelang Lama
Isnin
- Taman Lobak
- Lunas (desa Makmur)
- Taman Kenari
- Taman Sena Labu Besar
Selasa
- Taman Semarak
Rabu
- Kulim (Market Kulim)
- Pekan Karangan
- Pekan Sungai Karangan
- Padang Serai
Khamis
- Kelang Lama
Jumaat
- Pekan Junjung
- Taman Jati
- Kampung Nagalilit
- Sidam Kanan
- Taman Semarak
Sabtu
- Kulim (Market Kulim)
- Taman Mutiara
- Merbau Pulas
- Padang Serai
0 comments:
Post a Comment