Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3

Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.

Program Profesionalisme Guru dan Staf

Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015

Hari Kualiti dan Inovasi

Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Thursday, February 28, 2013

Konsert Indahnya Islam bersama Hafiz Hamidun



Satu Konsert Indahnya Islam akan diadakan di Dewan Sri Lanang, MRSM PDRM dengan menampilkan artis jemputan Hafiz Hamidun dan kumpulan Qasidah Al Munawwarah sempena Minggu Aktiviti MRSM PDRM Semester 1. Konsert tersebut akan diadakan pada 4 Mac 2013, Isnin dan bermula jam 8.00 malam.

Penonton juga berpeluang memenangi 10 cabutan bertuah yang disediakan penganjur bagi menghargai sokongan para penonton. Setiap tiket masuk dikenakan bayaran RM3 seorang.

Konsert ini merupakan anjuran Unit Amal Islami bersama BADAR dan Kelab Nasyid MRSM PDRM.

Tuan rumah Kejohanan Taekwondo MRSM 2013

Insya Allah MRSM PDRM akan menjadi tuan rumah Kejohanan Taekwondo MRSM Se Malaysia kali ke 10 2013 mulai 14 Mac hingga 17 Mac 2013. Seramai hampir 900 orang dari 47 MRSM seluruh Malaysia terdiri di kalangan peserta, guru dan jurulatih dijangka akan berkampung di sini bagi memiih team Taekwondo terhebat MRSM. Jumpa disini nanti.

Wednesday, February 13, 2013

Solat Dhuha menjadi amalan pelajar



Hari Khamis setiap minggu, semua pelajar dan guru MRSM PDRM akan menunaikan Solat Dhuha secara berjemaah di Masjid Saidina Ali KW. Solat sunat Dhuha, mungkin ramai yang nampak remeh sebab hanya 'sunat' untuk dilakukan. Tetapi solat sunat inilah mendekatkan lagi kita pada Allah. Dan juga solat 'magnet' rezeki!

Selamat Datang ke MRSM PDRM

Seramai 298 pelajar baru dijangka mendaftar di MRSM PDRM, Kulim pada Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 & 4 yang akan berlangsung pada hari ini. 149 pelajar layak memasuki tingkatan 1 dan 149 lagi ke tingkatan 4. Segala persiapan telah dilaksanakan untuk memastikan perjalanan pendaftaran pelajar berjalan dengan lancar. Insya Allah

Monday, February 4, 2013

Semakan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Ke Tingkatan 1 Tahun 2013 >> boleh dilayari melalui alamat berikut :

30 pelajar Tingkatan 4 layak ke MRSM PKP


MRSM PDRM - Keputusan Kemasukan ke Tingkatan 4 di MRSM telah dikeluarkan dan surat makluman telah diserahkan kepada pelajar. Daripada 129 calon PMR 2012 MRSM PDRM, 128 orang telah ditawarkan menyambung pengajian tingkatan 4 di MRSM di seluruh Malaysia.