Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Monday, November 16, 2015

Kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2016

Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi portal rasmi telah menerbitkan grafik iklan permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2016 untuk pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Tarikh Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2016

Dibuka 19 Oktober 2015
Ditutup 8 November 2015 (tarikh tutup dilanjutkan sehingga 23 November 2015)


Maklumat Sistem Pendidikan MRSM Program SPMRSM – Program ini melaksanakan
Sistem Pendidikan MRSM
1. Program IGCSE
2. Program MYP
3. Program Teknikal
4. Program Ulul Albab


Penting! Muat Turun (Download) Maklumat Lengkap Cara Permohonan PDF
Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2016 Bagi Sabah Dan Sarawak


Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar di Semenanjung Malaysia 
Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia 

Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia 

i. Pelajar Bumiputera tahun enam 
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan 

Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 

Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada satu tarikh yang akan diberitahu nanti



0 comments:

Post a Comment