Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Monday, February 4, 2013

30 pelajar Tingkatan 4 layak ke MRSM PKP


MRSM PDRM - Keputusan Kemasukan ke Tingkatan 4 di MRSM telah dikeluarkan dan surat makluman telah diserahkan kepada pelajar. Daripada 129 calon PMR 2012 MRSM PDRM, 128 orang telah ditawarkan menyambung pengajian tingkatan 4 di MRSM di seluruh Malaysia.


Seramai 30 pelajar telah ditawarkan ke MRSM PKP (Program Khas Pendidikan) iaitu MRSM Taiping (14 orang), MRSM Tun Ghafar Baba (10), MRSM Pontian (1), MRSM Kuantan (1), MRSM Pengkalan Chepa (3) dan MRSM Langkawi (1). 99 pelajar lain akan kekal di MRSM PDRM.

Pihak MRSM PDRM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar tingkatan 4 2013.

0 comments:

Post a Comment