Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3

Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.

Program Profesionalisme Guru dan Staf

Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015

Hari Kualiti dan Inovasi

Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Friday, March 22, 2013

19 peroleh gred A semua mata pelajaran


Kulim, 21 Mac - 19 daripada 129 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Pelajar terbaik keseluruhan, Nur Afikah Kaz memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran dan 18 yang lain memperoleh campuran A+,A dan A-.

KODKBB : MRSM PDRM raih 3 perak, 4 gangsa

Kejohanan Olahraga Daerah Kulim Bandar Baharu (DKBB) 2013 telah berlangsung dari 13 hingga 16 Mac 2013 yang lalu  di SMK Tunku Panglima Besar, Kulim. Seramai 36 orang peserta terdiri daripada 17 lelaki dan 19 perempuan telah menyertai pelbagai acara sukan olahraga kali ini.

Saturday, March 16, 2013

MRSM Kota Putra Johan Keseluruhan



Kulim, 17 Mac - MRSM Kota Putra dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Taekwando MRSM Se Malaysia kali ke 10 yang berlangsung dari 14 Mac hingga 17 Mac 2013 di Dewan Serbaguna Kem PGA dengan meraih 4 pingat emas.

Friday, March 15, 2013

Keputusan SPM 2012 Khamis ini


SUMBER BERITA - KUALA LUMPUR 15 Mac - Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumum pada Khamis ini.

Memetik kenyataan Kementerian Pelajaran, kesemua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari berkenaan.

Thursday, March 7, 2013

Khidmat Masyarakat Tingkatan 3


Kulim, 6 Mac - Pelajar tingkatan 3 telah menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Mereka telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu di Masjid Kelang Lama dan Perkuburan Jalan Junjung, Kulim.

Wednesday, March 6, 2013

Cuti Sekolah 13 hingga 30 Mac 2013

Makluman kepada semua pelajar dan ibu-bapa. Cuti sekolah pertengahan semester 1 akan diubah kepada 13 Mac hingga 30 Mac 2013 ekoran MRSM PDRM menjadi tuan rumah Kejohanan Taekwondo MRSM Se Malaysia pada 14 hingga 17 Mac 2013. Oleh itu, para pelajar dibenarkan pulang ke rumah bermula jam 2 petang 13 Mac hingga 30 Mac sebelum 6.30 petang.

Tuesday, March 5, 2013

Amali Haji Tingkatan 5

Kulim, 4 Mac - Satu Amali Haji telah diadakan di dataran volleyball court untuk pelajar tingkatan 5 yang dibimbing oleh Ustaz Zaki (Imam Masjid Seberang Prai) anjuran Gemilang Tingkatan 5.

Para pelajar tingkatan 5 didedahkan tentang teori dan amali perlaksanaan haji dan umrah. Perlaksanaan secara amali ini diharap dapat memberi gambaran sebenar kepada pelajar.




























Hari Kerjaya MRSM PDRM


Kulim, 3 Mac - Minggu Aktiviti 2013 ini dimulakan dengan Hari Kerjaya MRSM PDRM dan disertai beberapa IPTA dan IPTS untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bidang-bidang pengajian yang ditawarkan.

Para pelajar dibekalkan kit dan pamplet tentang maklumat bidang pengajian di IPT dan diberi penjelasan tentang saluran-saluran

Saturday, March 2, 2013

Kem Kepimpinan Pelajar di PUSKEP Lenggong


PUSKEP, Lenggong, 2 Mac - Seramai 81 pelajar telah mengikuti Kem Kepimpinan Pelajar yang di adakan di Pusat Latihan Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP), Lenggong yang bermula 27 Februari hingga 2 Mac 2013.