Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Tuesday, November 20, 2012

Pray 4 Gaza : Gaza terus berdarah

20 November 2012 - GAZA, (PIC)-- Pada hari Isnin Angkatan Penjajah Israil menyerang buat kali kedua bangunan media al-Shorouk, rumah-rumah dan beberapa pejabat media antarabangsa di Bandar Gaza, membunuh seorang pemuda dan mencederakan tujuh yang lain.

Krew ambulan menemui jenazah syuhada Ramiz Najib Hareb yang hangus terbakar setelah bangunannya disasarkan secara langsung, lapor wartawan PIC.

Sumber tempatan berkata tentera Israil melancarkan roket ke menara al-Shorouk di barat bandar gaza, mensasarkan tingkat satu di mana api merebak di empat tingkat pertama.

Sumber menambah bahawa kepulan asap menjulang daripada bangunan dan krew ambulan tiba di tempat kejadian kemudiannya menindahkan beberapa orang yang cedera ke hospital.

Pesawat tempur Israil telah mengebom menara itu dua hari lepas di mana tentera penjajah telah memberi amaran kepada penduduk untuk mengosongkannya sebelum pengeboman.

Jumlah mereka yang syahid dalam serangan Israil ke atas Semenanjung Gaza yang bermula sejak Rabu lepas kini meningkat kepada 102 syuhada.

0 comments:

Post a Comment