Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Tuesday, March 5, 2013

Hari Kerjaya MRSM PDRM


Kulim, 3 Mac - Minggu Aktiviti 2013 ini dimulakan dengan Hari Kerjaya MRSM PDRM dan disertai beberapa IPTA dan IPTS untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bidang-bidang pengajian yang ditawarkan.

Para pelajar dibekalkan kit dan pamplet tentang maklumat bidang pengajian di IPT dan diberi penjelasan tentang saluran-saluran
pengajian yang boleh dipilih oleh para pelajar.

Antara IPTA dan IPTS yang menyertai Hari Kerjaya tahun ini seperti UUM, INSANIAH, UMK, Politeknik MARA, Pusat Matrikulasi, dan lain-lain lagi.

Hari Kerjaya kali ini juga dimeriahkan dengan penyertaan MRSM terdekat seperti MRSM  Baling, Kepala Batas, Transkerian, dan SMK Badlishah.

















0 comments:

Post a Comment