Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Tuesday, October 8, 2013

Ujian Kemasukan ke MRSM 2014

MRSM PDRM, 9 Okt - Hari ini hari terakhir PMR 2013. Hanya tinggal seorang pelajar calon Bahasa Arab Komunikasi yang sedang menghadapi peperiksaan dan sebahagian besar yang lain telah menamatkan peperiksaan PMR bagi lapan subjek yang lain.









Pada hari ini juga kesemua calon PMR 2013 akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM 2014 (UKKM) sesi 1 bagi pelajar MRSM di makmal komputer sebagai syarat untuk kemasukan ke tingkatan 4 2014. Ujian ini akan diadakan beberapa sesi hingga petang ini secara online.

Ujian ini mengandungi beberapa bahagian iaitu Soalan Matematik 40 soalan, jawab selama sejam, Sains 50 soalan, sejam dan soalan menguji keperibadian, 100 soalan dijawab selama setengah jam. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam ujian ini akan diberi keutamaan untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 di MRSM seluruh negara.

Proses Pengiraan Markah Kemasukan Ke MRSM
Untuk Tingkatan Satu :
25%  daripada akademik atau 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR.
45%  daripada status sosioekonomi (SES). Pendapatan kedua ibu bapa dibahagikan dengan bilangan tanggungan dalam keluarga bagi mendapatkan peratusan terbaik yang boleh menyumbang kepada merit/markah seseorang pemohon.
30%   daripada ko-kurikulum.
Untuk Tingkatan Empat :
Pelajar lepasan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk tahun semasa sekurang-kurangnya mempunyai keputusan 6A 2B  ( A DALAM MATEMATIK & SAINS) adalah layak untuk mengemukakan permohonan. Pelajar tingkatan empat harus menduduki satu ujian khas iaitu ujian kecenderungan ke MRSM (UKKM) yang merangkumi 70% daripada syarat pemilihan dan 30% yang lain adalah daripada status sosioekonomi pelajar atau keluarga.
Semasa menduduki ujian kecenderungan, kertas ujian mengandungi 3 aspek utama iaitu soalan Matematik (50 soalan), soalan Sains (50 soalan), dan soalan keperibadian sebanyak 100 soalan, sukatannya adalah berdasarkan Pelajaran Menengah Rendah. Pelajar perlu lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan (UKKM) untuk kemasukan ke MRSM.
Bagi memasuki MRSM Program Khas Pendidikan (PKP) bagi pelajar tingkatan empat, pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
         a. mendapat 8A/9A dalam keputusan peperiksaan PMR.
         b. lulus dengan cemerlang di dalam UKKM  dan markah
             mestilah menepati susunan tertinggi yang telah ditetapkan)

..............................................................................................................................................................
Syarat-Syarat Kemasukan Ke MRSM
Untuk Tingkatan Satu :
  • Warganegara Malaysia tahun enam
  • Pelajar Bumiputera atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
  • Mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Semenanjung. 
  • mendapat minima 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Sabah dan Sarawak
  • Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan,kokurikulum dan sukan.  
    Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah  dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif
    .
Untuk Tingkatan Empat :
  • Pelajar Bumiputera Tingkatan Tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan Pelajar Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah  Kebangsaan  di Semenanjung Malaysia.
  • Mendapat sekurang-kurang 6A 2B(A dalam Sains dan Matematik) dan tiada gred C, D atau E dalam subjek teras dalam PMR tahun semasa.
  • Markah yang tinggi dalam UKKM (Ujian kecenderungan ke MRSM) tahun semasa.
  • Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM (UKKM) sebagai prasyarat kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM.
  • Pelajar yang menuntut di sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan (SBP, SBPI) dan SMKA di bawah (JAPIM) Kementerian Pelajaran tidak layak memohon.

4 comments:

  1. stahu sy ujian nie cma ada d semenanjung malaysia, sabah n srawak xda..knpa eh....ble bg tau?

    ReplyDelete
  2. stahu sy ujian cuma ada d semenajung,sabh dan srawak xda...knpa ?ble bg tau

    ReplyDelete
  3. kalau budak sekolah dari sekolah kerajaan macam sekolah agama Raja NAzrin shah,boleh amik ujian tak??

    ReplyDelete