Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Monday, November 16, 2015

Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2016

Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi portal rasmi telah membuka permohonan untuk calon memohon kemasukan ke tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2016 di Semenanjung Malaysia secara atas talian (online)



MARA mempelawa calon-calon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke tingkatan 4 MRSM tahun 2016

Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar Di Semenanjung Malaysia 


Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia 

Pemohon merupakan pelajar tingkatan 3 tahun 2015 yang sedang bersekolah di sekolah menengah atau sekolah menengah kebangsaan (SMK) 

Memperoleh keputusan minimum 6A 3B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran bahasa tambahan dan pendidikan kesenian) Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains 

Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 4 dan temu duga pada satu tarikh yang akan diberitahu nanti

Iklan Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 4 2016

0 comments:

Post a Comment