Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Wednesday, February 13, 2013

Solat Dhuha menjadi amalan pelajar



Hari Khamis setiap minggu, semua pelajar dan guru MRSM PDRM akan menunaikan Solat Dhuha secara berjemaah di Masjid Saidina Ali KW. Solat sunat Dhuha, mungkin ramai yang nampak remeh sebab hanya 'sunat' untuk dilakukan. Tetapi solat sunat inilah mendekatkan lagi kita pada Allah. Dan juga solat 'magnet' rezeki!


Allah berfirman :

"Wahai Anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, nescaya Aku akan mencukupimu di akhirnya "
(Riwayat Ahmad)

Rasulullah bersabda :

" Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya segala dosanya walaupun seperti buih di lautan " (Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi)



Jom kita baca doa ini selepas solat sunat Dhuha :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


0 comments:

Post a Comment