Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Thursday, February 28, 2013

Konsert Indahnya Islam bersama Hafiz Hamidun



Satu Konsert Indahnya Islam akan diadakan di Dewan Sri Lanang, MRSM PDRM dengan menampilkan artis jemputan Hafiz Hamidun dan kumpulan Qasidah Al Munawwarah sempena Minggu Aktiviti MRSM PDRM Semester 1. Konsert tersebut akan diadakan pada 4 Mac 2013, Isnin dan bermula jam 8.00 malam.

Penonton juga berpeluang memenangi 10 cabutan bertuah yang disediakan penganjur bagi menghargai sokongan para penonton. Setiap tiket masuk dikenakan bayaran RM3 seorang.

Konsert ini merupakan anjuran Unit Amal Islami bersama BADAR dan Kelab Nasyid MRSM PDRM.

0 comments:

Post a Comment