Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Sunday, November 2, 2014

PERMOHONAN TINGKATAN 1 MRSM 2015



Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya akan menerbitkan grafik iklan permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2015 semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak


PERMOHONAN KEMASUKAN 

TINGKATAN 1 MRSM 2015

Permohonan tersebut adalah dialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2014 dan mendapat keputusan cemerlang

Sebagai makluman pemohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dan akan dibuka setelah keputusan UPSR 2014 diumumkan secara rasmi

Berikut penulis sertakan maklumat berkaitan antaranya prosedur untuk membuat permohonan dan syarat  pemilihan kemasukan ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA tahun 2015

Prosedur Umum Permohonan
Pemohon perlu mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2014 diumumkan secara rasmi
Penting! sila bawa salinan surat beranak dan salinan keputusan UPSR yang disahkan benar semasa mendapatkan kata laluan
Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar Di Semenanjung Malaysia
Murid dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia
Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
i. Pelajar Bumiputera tahun enam
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014
Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh pihak MARA

Syarat Umum Kelayakan Bagi Pelajar Di Sabah Dan Sarawak
Murid dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia
Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah Dan Sarawak
i. Pelajar Bumiputera tahun enam
ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dapat skor 5A* lagi baik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014

Cara Dan Tarikh Permohonan Melalui OnlinePautan Dan Perkara
Setelah mendapat kata laluan yang dikehendaki, pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian (Pautan Disebelah), untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online


https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
Permohonan DibukaMulai Keputusan UPSR 2014 Diumumkan
Permohonan DitutupAkan Dimaklumkan
Portal Rasmi MARAhttp://www.mara.gov.my

0 comments:

Post a Comment