Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

Sunday, November 2, 2014

PERMOHONAN TINGKATAN 4 MRSM 2015


Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya telah membuka tawaran untuk calon memohon kemasukan ke tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2015 di semenanjung Malaysia secara atas talian (online) Berikut penulis sertakan maklumat berkaitan, antaranya prosedur untuk membuat permohonan dan syarat pemilihan kemasukan ke tingkatan empat (4) Maktab Rendah Sains MARA tahun 2015

PERMOHONAN TINGKATAN 4 MRSM 2015

Cara Memohon Kata Lalun Dan Prosedur Umum Permohonan
  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula 3 November 2014 hingga 14 November 2014

  2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3 yang disahkan benar serta angka giliran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014, semasa mendapatkan kata laluan
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan ke Tingkatan 4 Tahun 2015)

Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, 21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR

Syarat Memohon Secara Online
  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan
  2. Pelajar bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
  3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM
  4. Pemohon mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun, Tingkatan 3

SYARAT MINIMUM KELAYAKAN MASUK KE MRSM
Memperoleh keputusan minimum 6A 4B dalam PT3 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian). Gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains

Cara Dan Tarikh Permohonan Melalui OnlinePautan Dan Perkara
Selepas mendapat kata laluan yang dikehendaki, pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian (pautan disebelah) , untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online



https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp
icon baru Sistem Permohonan Dibuka3 November 2014
Sistem Permohonan Ditutup14 November 2014
Portal Rasmi MARAhttp://www.mara.gov.my

0 comments:

Post a Comment