MRSM PDRM - MRSM PDRM meneruskan kecemerlangan akademiknya dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 2013 yang lalu. Dalam statistik Peperiksaan Akhir Semester 2013, tingkatan 1 berada di ranking ke 5 dari 49 MRSM, tingkatan 2 di tempat ke 3 dari 49 MRSM, dan tingkatan 4 di ranking ke 11 dari 49 MRSM. Kejayaan ini diiringi keputusan PMR '13 yang terbaik dengan berada di ranking ke 7 dari 42 MRSM..Tahniah semua..semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun 2014 ini. Insya Allah.
MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3
Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.
Program Profesionalisme Guru dan Staf
Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015
Hari Kualiti dan Inovasi
Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
Wednesday, January 8, 2014
PMR 2013 Paling Cemerlang Sepanjang Zaman
11:12 PM
1 comment
MRSM PDRM - Ucapan Alhamdulillah dilafazkan atas kejayaan cemerlang PMR 2013 yang menyaksikan MRSM PDRM mencatatkan kejayaan terbaiknya sejak ditubuhkan pada 1992 dengan pencapaian GPM 1.0476 dan 112 orang pelajar memperolehi semua A dalam setiap sabjek yang diambil.
Tuesday, January 7, 2014
Diari Persekolahan 2014 bermula
9:29 PM
No comments
MRSM KULIM - Sesi persekolahan 2014 kini telah bermula dan para pelajar Ting. 2, 3 dan 5 mula mendaftar pada 1 Januari 2014 termasuklah pelajar tingkatan 4 yang akan mengikuti Program KIKS 2014. Semua pelajar akan mengikuti Pre-Orientasi bermula 1 Januari hingga 9 Januari. Semoga sesi baru ini membuka lembaran baru ke arah kejayaan dan kecemerlangan MRSM PDRM. Insya Allah.
Tuesday, October 22, 2013
Selamat Menduduki Ujian Akhir Semester 2
9:59 PM
No comments
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 kepada semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 MRSM PDRM yang akan berlangsung dari 21 Oktober hingga 7 November 2013 ini. Semoga semuanya diberi ketenangan, kemudahan dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung.
Sunday, October 13, 2013
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H
6:49 PM
No comments
Pengurusan Web MRSM PDRM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H. Semoga kita dapat menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s yang bersedia mengorbankan jiwa dan anak kesayangan dengan ketaatan kepada Allah. Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga para pelajar, guru dan staf yang pulang bercuti dalam keadaan selamat pulang dan kembali ke maktab 19 Oktober ini. Insya Allah.
Kursus Profesionalisme Guru di Hotel Hydro
6:18 PM
No comments
Batu Feringgi, 11 Okt - Kursus Profesionalisme Guru MRSM PDRM 2013 telah berjaya dilaksanakan di Hotel Hydro, Batu Feringgi, Pulau Pinang dari 11 Oktober hingga 12 Oktober 2013 baru-baru ini dengan tema Guru Beretika Ke Arah Transformasi.
Beberapa slot menarik dan bermanfaat telah diatur untuk meningkatkan ilmu, kefahaman dan kemahiran guru antaranya bersama Dr. Mohd Nizam Mohd Ali, Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang mengulas isu Etika Perguruan.
Selepas itu, ruang diisi dengan perkongsian pintar dari En. Haziq dari Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) yang membincangkan Cabaran Jenayah IT yang menarik minat semua peserta tentang cabaran penggunaan peralatan-peralatan IT, keselamatan penyimpanan data, dan kesedaran jenayah cyber yang kian membiak.
Pada hari kedua kursus para peserta didedahkan dengan Kemahiran P & P yang berkesan yang di sampaikan oleh Dr Balasundram, Ph.D (USM), pensyarah gred DG52 , Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra, Kedah.
Kursus berakhir jam 12.30 tengahari.
Tuesday, October 8, 2013
Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014
6:17 PM
No comments
Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014 (Semenanjung Malaysia)
Syarat Umum Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia
1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
Ujian Kemasukan ke MRSM 2014
6:15 PM
4 comments
MRSM PDRM, 9 Okt - Hari ini hari terakhir PMR 2013. Hanya tinggal seorang pelajar calon Bahasa Arab Komunikasi yang sedang menghadapi peperiksaan dan sebahagian besar yang lain telah menamatkan peperiksaan PMR bagi lapan subjek yang lain.
Saturday, October 5, 2013
Selamat Menduduki PMR 2013
9:08 PM
No comments
Selamat Menduduki Peperiksaan PMR kepada semua calon pelajar MRSM PDRM yang akan berlangsung dari 2 Oktober hingga 9 Oktober 2013 ini. Semoga semuanya diberi ketenangan, kemudahan dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung. Bittaufik wan najah
Sunday, September 29, 2013
Majlis Mohon Restu PMR 2013
6:51 PM
No comments
29 Sept - Majlis Mohon Restu PMR 2013 telah diadakan di Masjid Saidina Ali KW yang dihadiri lebih 90 peratus ibu bapa/ waris pelajar calon PMR 2013. Majlis yang bermula jam 10.30 pagi itu dimulakan dengan solat sunat dhuha, solat sunat hajat yang dipimpin Ust Syubri (Timb. Pengetua HEP) dan bacaan yaasin oleh Ust. Kamal.
Saturday, September 7, 2013
Hari Anugerah Ko-Kurikulum kali Ke-6
9:47 PM
No comments
Majlis tersebut akan diadakan pada 15 September 2013. Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang bakal menerima anugerah pada hari tersebut. Serkian.
Monday, May 13, 2013
Mesyuarat MUAFAKAT 23 Mei ini
10:13 PM
No comments
Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT MRSM PDRM akan diadakan pada 23 Mei 2013 ini bertempat di Dewan Sebaguna Kem PGA, Batalion 2. YDP MUAFAKAT MRSM PDRM, Dr. Jamil menjemput semua ibubapa pelajar menghadiri mesyuarat tersebut sebagai medan berkongsi idea dan teguran membina untuk kebaikan anak-anak di MRSM PDRM, Insya Allah.
Wednesday, May 8, 2013
Selamat Menduduki Peperiksaan Sem 1
10:08 PM
1 comment
MRSM PDRM - Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 kepada semua pelajar MRSM PDRM yang akan berlangsung dari 9 Mei hingga 23 Mei 2013 ini. Semoga semuanya diberi ketenangan, kemudahan dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung. Bittaufik wan najah..
Subscribe to:
Posts (Atom)

























