Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3

Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.

Program Profesionalisme Guru dan Staf

Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015

Hari Kualiti dan Inovasi

Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Tuesday, October 22, 2013

Selamat Menduduki Ujian Akhir Semester 2


Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 kepada semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 MRSM PDRM   yang akan berlangsung dari 21 Oktober hingga 7 November 2013 ini. Semoga semuanya diberi ketenangan, kemudahan dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung. 

Sunday, October 13, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H

Pengurusan Web MRSM PDRM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H. Semoga kita dapat menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s yang bersedia mengorbankan jiwa dan anak kesayangan dengan ketaatan kepada Allah. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Semoga para pelajar, guru dan staf yang pulang bercuti dalam keadaan selamat pulang dan kembali ke maktab 19 Oktober ini. Insya Allah.


Kursus Profesionalisme Guru di Hotel Hydro


Batu Feringgi, 11 Okt - Kursus Profesionalisme Guru MRSM PDRM 2013 telah berjaya dilaksanakan di Hotel Hydro, Batu Feringgi, Pulau Pinang dari 11 Oktober hingga 12 Oktober 2013 baru-baru ini dengan tema Guru Beretika Ke Arah Transformasi.

Beberapa slot menarik dan bermanfaat telah diatur untuk meningkatkan ilmu, kefahaman dan kemahiran guru antaranya bersama Dr. Mohd Nizam Mohd Ali, Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang mengulas isu Etika Perguruan.


Selepas itu, ruang diisi dengan perkongsian pintar dari En. Haziq dari Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) yang membincangkan Cabaran Jenayah IT yang menarik minat semua peserta tentang cabaran penggunaan peralatan-peralatan IT, keselamatan penyimpanan data, dan kesedaran jenayah cyber yang kian membiak.


Pada hari kedua kursus para peserta didedahkan dengan Kemahiran P & P yang berkesan yang di sampaikan oleh Dr Balasundram, Ph.D (USM), pensyarah gred DG52, Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra, Kedah.


Kursus berakhir jam 12.30 tengahari.




Tuesday, October 8, 2013

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014



Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014 (Semenanjung Malaysia)


Syarat Umum Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.

Ujian Kemasukan ke MRSM 2014

MRSM PDRM, 9 Okt - Hari ini hari terakhir PMR 2013. Hanya tinggal seorang pelajar calon Bahasa Arab Komunikasi yang sedang menghadapi peperiksaan dan sebahagian besar yang lain telah menamatkan peperiksaan PMR bagi lapan subjek yang lain.

Saturday, October 5, 2013

Selamat Menduduki PMR 2013


Selamat Menduduki Peperiksaan PMR kepada semua calon pelajar MRSM PDRM   yang akan berlangsung dari 2 Oktober hingga 9 Oktober 2013 ini. Semoga semuanya diberi ketenangan, kemudahan dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung. Bittaufik wan najah

Sunday, September 29, 2013

Majlis Mohon Restu PMR 2013


29 Sept - Majlis Mohon Restu PMR 2013 telah diadakan di Masjid Saidina Ali KW yang dihadiri lebih 90 peratus ibu bapa/ waris pelajar calon PMR 2013. Majlis yang bermula jam 10.30 pagi itu dimulakan dengan solat sunat dhuha, solat sunat hajat yang dipimpin Ust Syubri (Timb. Pengetua HEP) dan bacaan yaasin oleh Ust. Kamal.

Saturday, September 7, 2013

Hari Anugerah Ko-Kurikulum kali Ke-6

Majlis tersebut akan diadakan pada 15 September 2013. Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang bakal menerima anugerah pada hari tersebut. Serkian.

Monday, May 13, 2013

Mesyuarat MUAFAKAT 23 Mei ini

Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT MRSM PDRM akan diadakan pada 23 Mei 2013 ini bertempat di Dewan Sebaguna Kem PGA, Batalion 2. YDP MUAFAKAT MRSM PDRM, Dr. Jamil menjemput semua ibubapa pelajar menghadiri mesyuarat tersebut sebagai medan berkongsi  idea dan teguran membina untuk kebaikan anak-anak di MRSM PDRM, Insya Allah.

Wednesday, May 8, 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Sem 1


MRSM PDRM - Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 kepada semua pelajar MRSM PDRM   yang akan berlangsung dari 9 Mei hingga 23 Mei 2013 ini. Semoga semuanya diberi ketenangan, kemudahan dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung. Bittaufik wan najah..

Friday, March 22, 2013

19 peroleh gred A semua mata pelajaran


Kulim, 21 Mac - 19 daripada 129 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Pelajar terbaik keseluruhan, Nur Afikah Kaz memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran dan 18 yang lain memperoleh campuran A+,A dan A-.

KODKBB : MRSM PDRM raih 3 perak, 4 gangsa

Kejohanan Olahraga Daerah Kulim Bandar Baharu (DKBB) 2013 telah berlangsung dari 13 hingga 16 Mac 2013 yang lalu  di SMK Tunku Panglima Besar, Kulim. Seramai 36 orang peserta terdiri daripada 17 lelaki dan 19 perempuan telah menyertai pelbagai acara sukan olahraga kali ini.

Saturday, March 16, 2013

MRSM Kota Putra Johan Keseluruhan



Kulim, 17 Mac - MRSM Kota Putra dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Taekwando MRSM Se Malaysia kali ke 10 yang berlangsung dari 14 Mac hingga 17 Mac 2013 di Dewan Serbaguna Kem PGA dengan meraih 4 pingat emas.