Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3

Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.

Program Profesionalisme Guru dan Staf

Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015

Hari Kualiti dan Inovasi

Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Monday, February 3, 2014

TOT Kepimpinan ala Al Fateh


AKAN DATANG ...Kem Kepimpinan Pelajar 2014 pada 6-8 Februari menampilkan Ibrahparadigm sebagai fasilitator membentuk kepimpinan diri pelajar kepada 100 pelajar di Puncak Beris, Sik Kedah...Insya Allah semoga program ini ini memberi manfaat untuk semua peserta..

http://ibrahparadigm.com.my/v2/

Sunday, February 2, 2014

Selamat Datang ke MRSM PDRM


MRSM PDRM, 3 Februari - Selamat Datang kepada semua pelajar baru tingkatan 1 2014 dan ibu bapa ke MRSM PDRM Kulim sempena Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2014 hari ini. Seramai 162 pelajar baru dijangka hadir untuk pendaftaran. Seluruh warga MRSM PDRM merasa bangga dengan kehadiran anda semua. Semoga ia langkah pertama anda ke arah kejayaan bersama-sama warga maktab, Insya Allah.

Monday, January 20, 2014

Makluman : Cuti Tahun Baru Cina


MRSM PDRM, 21 Januari - Sempena Cuti Tahun Baru Cina yang akan datang para pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 dibenarkan pulang ke kampung bermula 29 Januari (petang Rabu) hingga 2 Februari (Ahad).

Homeroom : Pesta Makan Buah-Buahan Tempatan


MRSM PDRM, 20 Januari - Sempena musim buah-buahan kali ini, perjumpaan Homeroom telah membuat kelainan dengan aktiviti memakan buah-buahan tempatan mengikut kumpulan homeroom seperti durian dan rambutan.

Sebanyak 500 biji buah durian dari Batu Kurau, Perak diagihkan kepada para pelajar mengikut kumpulan homeroom.

Tuesday, January 14, 2014

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1435H


MRSM PDRM, 14 Januari - Satu perarakan sempena Maulidur Rasul SAW 1435H telah diadakan di MRSM PDRM melibatkan semua pelajar bermula jam 8 pagi sambil berselawat dan membawa sepanduk mengelilingi kawasan maktab.

Wednesday, January 8, 2014

Pelancaran Gemilang Ting. 2, 3 dan 5 2014

MRSM PDRM, 9 Januari - Pelancaran Gemilang Tingkatan 2, 3 dan 5 dan penutupan Pre-Orientasi telah selamat dirasmikan oleh Timb. Pengetua HEA, Tn. Haji Ibrahim bin Sulaiman di Dewan Sri Lanang pagi ini.

Pencapaian Gemilang Akademik 2013

MRSM PDRM - MRSM PDRM meneruskan kecemerlangan akademiknya dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 2013 yang lalu. Dalam statistik Peperiksaan Akhir Semester 2013, tingkatan 1 berada di ranking ke 5 dari 49 MRSM, tingkatan 2 di tempat ke 3 dari 49 MRSM, dan tingkatan 4 di ranking ke 11 dari 49 MRSM. Kejayaan ini diiringi keputusan PMR '13 yang terbaik dengan berada di ranking ke 7 dari 42 MRSM..Tahniah semua..semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun 2014 ini. Insya Allah.

PMR 2013 Paling Cemerlang Sepanjang Zaman

MRSM PDRM - Ucapan Alhamdulillah dilafazkan atas kejayaan cemerlang PMR 2013 yang menyaksikan MRSM PDRM mencatatkan kejayaan terbaiknya sejak ditubuhkan pada 1992 dengan pencapaian GPM 1.0476 dan 112 orang pelajar memperolehi semua A dalam setiap sabjek yang diambil.

Tuesday, January 7, 2014

Diari Persekolahan 2014 bermula


MRSM KULIM - Sesi persekolahan 2014 kini telah bermula dan para pelajar Ting. 2, 3 dan 5 mula mendaftar pada 1 Januari 2014 termasuklah pelajar tingkatan 4 yang akan mengikuti Program KIKS 2014. Semua pelajar akan mengikuti Pre-Orientasi bermula 1 Januari hingga 9 Januari. Semoga sesi baru ini membuka lembaran baru ke arah kejayaan dan kecemerlangan MRSM PDRM. Insya Allah.

Tuesday, October 22, 2013

Selamat Menduduki Ujian Akhir Semester 2


Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 kepada semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 MRSM PDRM   yang akan berlangsung dari 21 Oktober hingga 7 November 2013 ini. Semoga semuanya diberi ketenangan, kemudahan dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung. 

Sunday, October 13, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H

Pengurusan Web MRSM PDRM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H. Semoga kita dapat menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s yang bersedia mengorbankan jiwa dan anak kesayangan dengan ketaatan kepada Allah. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Semoga para pelajar, guru dan staf yang pulang bercuti dalam keadaan selamat pulang dan kembali ke maktab 19 Oktober ini. Insya Allah.


Kursus Profesionalisme Guru di Hotel Hydro


Batu Feringgi, 11 Okt - Kursus Profesionalisme Guru MRSM PDRM 2013 telah berjaya dilaksanakan di Hotel Hydro, Batu Feringgi, Pulau Pinang dari 11 Oktober hingga 12 Oktober 2013 baru-baru ini dengan tema Guru Beretika Ke Arah Transformasi.

Beberapa slot menarik dan bermanfaat telah diatur untuk meningkatkan ilmu, kefahaman dan kemahiran guru antaranya bersama Dr. Mohd Nizam Mohd Ali, Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) yang mengulas isu Etika Perguruan.


Selepas itu, ruang diisi dengan perkongsian pintar dari En. Haziq dari Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) yang membincangkan Cabaran Jenayah IT yang menarik minat semua peserta tentang cabaran penggunaan peralatan-peralatan IT, keselamatan penyimpanan data, dan kesedaran jenayah cyber yang kian membiak.


Pada hari kedua kursus para peserta didedahkan dengan Kemahiran P & P yang berkesan yang di sampaikan oleh Dr Balasundram, Ph.D (USM), pensyarah gred DG52, Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra, Kedah.


Kursus berakhir jam 12.30 tengahari.




Tuesday, October 8, 2013

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014



Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 4 2014 (Semenanjung Malaysia)


Syarat Umum Kemasukan MRSM Tingkatan 4 Semenanjung Malaysia

1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.