Setelah setahun berlalu, Badan Wakil Pelajar (BWP) MRSM PDRM sesi 2013/2014 telah melabuhkan tirai khidmat mereka sebagai wakil pelajar. Bermula 23 Jun yang lalu, bermula dengan sesi Pembentangan Laporan BWP sesi 2013/14 serta perletakan jawatan, satu pemilihan baru perlu dibuat.
MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3
Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.
Program Profesionalisme Guru dan Staf
Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015
Hari Kualiti dan Inovasi
Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
Wednesday, June 25, 2014
Sunday, June 22, 2014
Makluman : Cuti Bermalam Pilihan
9:18 PM
No comments
Para pelajar MRSM PDRM dibenarkan untuk pulang bercuti pilihan sempena kedatangan awal bulan Ramadhan bermula 26 Jun - 29 Jun 2014 (Khamis - Ahad)..Para pelajar dibenarkan pulang selewat-lewatnya jam 11 malam. Selamat Bercuti dan menyambut Bulan Ramadhan yang mulia...
Monday, February 3, 2014
TOT Kepimpinan ala Al Fateh
9:55 PM
No comments
AKAN DATANG ...Kem Kepimpinan Pelajar 2014 pada 6-8 Februari menampilkan Ibrahparadigm sebagai fasilitator membentuk kepimpinan diri pelajar kepada 100 pelajar di Puncak Beris, Sik Kedah...Insya Allah semoga program ini ini memberi manfaat untuk semua peserta..
http://ibrahparadigm.com.my/v2/
http://ibrahparadigm.com.my/v2/
Sunday, February 2, 2014
Selamat Datang ke MRSM PDRM
5:13 PM
No comments
Monday, January 20, 2014
Makluman : Cuti Tahun Baru Cina
5:21 PM
No comments
MRSM PDRM, 21 Januari - Sempena Cuti Tahun Baru Cina yang akan datang para pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 dibenarkan pulang ke kampung bermula 29 Januari (petang Rabu) hingga 2 Februari (Ahad).
Homeroom : Pesta Makan Buah-Buahan Tempatan
12:38 AM
No comments
MRSM PDRM, 20 Januari - Sempena musim buah-buahan kali ini, perjumpaan Homeroom telah membuat kelainan dengan aktiviti memakan buah-buahan tempatan mengikut kumpulan homeroom seperti durian dan rambutan.
Sebanyak 500 biji buah durian dari Batu Kurau, Perak diagihkan kepada para pelajar mengikut kumpulan homeroom.
Tuesday, January 14, 2014
Sambutan Maulidur Rasul SAW 1435H
10:09 PM
No comments
MRSM PDRM, 14 Januari - Satu perarakan sempena Maulidur Rasul SAW 1435H telah diadakan di MRSM PDRM melibatkan semua pelajar bermula jam 8 pagi sambil berselawat dan membawa sepanduk mengelilingi kawasan maktab.
Wednesday, January 8, 2014
Pelancaran Gemilang Ting. 2, 3 dan 5 2014
11:29 PM
No comments
MRSM PDRM, 9 Januari - Pelancaran Gemilang Tingkatan 2, 3 dan 5 dan penutupan Pre-Orientasi telah selamat dirasmikan oleh Timb. Pengetua HEA, Tn. Haji Ibrahim bin Sulaiman di Dewan Sri Lanang pagi ini.
Pencapaian Gemilang Akademik 2013
11:18 PM
No comments
MRSM PDRM - MRSM PDRM meneruskan kecemerlangan akademiknya dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 2013 yang lalu. Dalam statistik Peperiksaan Akhir Semester 2013, tingkatan 1 berada di ranking ke 5 dari 49 MRSM, tingkatan 2 di tempat ke 3 dari 49 MRSM, dan tingkatan 4 di ranking ke 11 dari 49 MRSM. Kejayaan ini diiringi keputusan PMR '13 yang terbaik dengan berada di ranking ke 7 dari 42 MRSM..Tahniah semua..semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun 2014 ini. Insya Allah.
PMR 2013 Paling Cemerlang Sepanjang Zaman
11:12 PM
1 comment
MRSM PDRM - Ucapan Alhamdulillah dilafazkan atas kejayaan cemerlang PMR 2013 yang menyaksikan MRSM PDRM mencatatkan kejayaan terbaiknya sejak ditubuhkan pada 1992 dengan pencapaian GPM 1.0476 dan 112 orang pelajar memperolehi semua A dalam setiap sabjek yang diambil.
Tuesday, January 7, 2014
Diari Persekolahan 2014 bermula
9:29 PM
No comments
MRSM KULIM - Sesi persekolahan 2014 kini telah bermula dan para pelajar Ting. 2, 3 dan 5 mula mendaftar pada 1 Januari 2014 termasuklah pelajar tingkatan 4 yang akan mengikuti Program KIKS 2014. Semua pelajar akan mengikuti Pre-Orientasi bermula 1 Januari hingga 9 Januari. Semoga sesi baru ini membuka lembaran baru ke arah kejayaan dan kecemerlangan MRSM PDRM. Insya Allah.
Tuesday, October 22, 2013
Selamat Menduduki Ujian Akhir Semester 2
9:59 PM
No comments
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 kepada semua pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 MRSM PDRM yang akan berlangsung dari 21 Oktober hingga 7 November 2013 ini. Semoga semuanya diberi ketenangan, kemudahan dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan berlangsung.
Sunday, October 13, 2013
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H
6:49 PM
No comments
Pengurusan Web MRSM PDRM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H. Semoga kita dapat menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s yang bersedia mengorbankan jiwa dan anak kesayangan dengan ketaatan kepada Allah. Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga para pelajar, guru dan staf yang pulang bercuti dalam keadaan selamat pulang dan kembali ke maktab 19 Oktober ini. Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)























