Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3

Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.

Program Profesionalisme Guru dan Staf

Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015

Hari Kualiti dan Inovasi

Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Wednesday, October 15, 2014

Pindaan Cuti Deepavali


MRSM PDRM - Mengikut pekeliling MARA iaitu berkaitan cuti Deepavali pada 23 Oktober 2014 (Khamis) telah dipinda kepada 22 Oktober 2014 (Rabu).

Monday, October 13, 2014

PT3 : Selamat Maju Jaya


Pihak MRSM PDRM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar tingkatan 3 yang menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai hari, 13 Okt 2014 ini hingga Rabu.

Tuesday, July 1, 2014

Program Ehya Ramadhan 1435H/2014


Insya Allah sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak. Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) MRSM PDRM, Kulim akan menyusun aktiviti-aktiviti berfaedah untuk para pelajar MRSM PDRM.

Antara aktivti yang akan dijalankan ialah :

•      Tadarus al quran
•      Ceramah perdana / kuliah fiqh
•      Jom bersedekah “sehari 10 sen”
•      Pertandingan hafazan mini ulul albab
•      Pertandingan pencetus ummah & ustazah pilihan
•      Pertandingan poster ramadhan
•      Risalah “qaryah ramadhan”
•      Kami prihatin bersama ngo Islamic relief DAN SUMBANGAN SEDEKAH KEPADA UMAT ISLAM ROHINGYA
•     TEKA SILANGKATA RAMADHAN




Selamat Berpuasa..Berkatilah kami di bulan Ramadhan

Firman Allah Ta’ala :

ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Wednesday, June 25, 2014

Pembubaran & Pemilihan Badan Wakil Pelajar


Setelah setahun berlalu, Badan Wakil Pelajar (BWP) MRSM PDRM sesi 2013/2014 telah melabuhkan tirai khidmat mereka sebagai wakil pelajar. Bermula 23 Jun yang lalu, bermula dengan sesi Pembentangan Laporan BWP sesi 2013/14 serta perletakan jawatan, satu pemilihan baru perlu dibuat.

Sunday, June 22, 2014

Makluman : Cuti Bermalam Pilihan

Para pelajar MRSM PDRM dibenarkan untuk pulang bercuti pilihan sempena kedatangan awal bulan Ramadhan bermula 26 Jun - 29 Jun 2014 (Khamis - Ahad)..Para pelajar dibenarkan pulang selewat-lewatnya jam 11 malam. Selamat Bercuti dan menyambut Bulan Ramadhan yang mulia...

Monday, February 3, 2014

TOT Kepimpinan ala Al Fateh


AKAN DATANG ...Kem Kepimpinan Pelajar 2014 pada 6-8 Februari menampilkan Ibrahparadigm sebagai fasilitator membentuk kepimpinan diri pelajar kepada 100 pelajar di Puncak Beris, Sik Kedah...Insya Allah semoga program ini ini memberi manfaat untuk semua peserta..

http://ibrahparadigm.com.my/v2/

Sunday, February 2, 2014

Selamat Datang ke MRSM PDRM


MRSM PDRM, 3 Februari - Selamat Datang kepada semua pelajar baru tingkatan 1 2014 dan ibu bapa ke MRSM PDRM Kulim sempena Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2014 hari ini. Seramai 162 pelajar baru dijangka hadir untuk pendaftaran. Seluruh warga MRSM PDRM merasa bangga dengan kehadiran anda semua. Semoga ia langkah pertama anda ke arah kejayaan bersama-sama warga maktab, Insya Allah.

Monday, January 20, 2014

Makluman : Cuti Tahun Baru Cina


MRSM PDRM, 21 Januari - Sempena Cuti Tahun Baru Cina yang akan datang para pelajar tingkatan 2, 3 dan 5 dibenarkan pulang ke kampung bermula 29 Januari (petang Rabu) hingga 2 Februari (Ahad).

Homeroom : Pesta Makan Buah-Buahan Tempatan


MRSM PDRM, 20 Januari - Sempena musim buah-buahan kali ini, perjumpaan Homeroom telah membuat kelainan dengan aktiviti memakan buah-buahan tempatan mengikut kumpulan homeroom seperti durian dan rambutan.

Sebanyak 500 biji buah durian dari Batu Kurau, Perak diagihkan kepada para pelajar mengikut kumpulan homeroom.

Tuesday, January 14, 2014

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1435H


MRSM PDRM, 14 Januari - Satu perarakan sempena Maulidur Rasul SAW 1435H telah diadakan di MRSM PDRM melibatkan semua pelajar bermula jam 8 pagi sambil berselawat dan membawa sepanduk mengelilingi kawasan maktab.

Wednesday, January 8, 2014

Pelancaran Gemilang Ting. 2, 3 dan 5 2014

MRSM PDRM, 9 Januari - Pelancaran Gemilang Tingkatan 2, 3 dan 5 dan penutupan Pre-Orientasi telah selamat dirasmikan oleh Timb. Pengetua HEA, Tn. Haji Ibrahim bin Sulaiman di Dewan Sri Lanang pagi ini.

Pencapaian Gemilang Akademik 2013

MRSM PDRM - MRSM PDRM meneruskan kecemerlangan akademiknya dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 2013 yang lalu. Dalam statistik Peperiksaan Akhir Semester 2013, tingkatan 1 berada di ranking ke 5 dari 49 MRSM, tingkatan 2 di tempat ke 3 dari 49 MRSM, dan tingkatan 4 di ranking ke 11 dari 49 MRSM. Kejayaan ini diiringi keputusan PMR '13 yang terbaik dengan berada di ranking ke 7 dari 42 MRSM..Tahniah semua..semoga kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun 2014 ini. Insya Allah.