Kem Pasukan Gerakan Am (PGA), Kulim, Kedah

MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3

Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.

Program Profesionalisme Guru dan Staf

Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015

Hari Kualiti dan Inovasi

Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

Tuesday, November 20, 2012

Pray 4 Gaza : Gaza terus berdarah

20 November 2012 - GAZA, (PIC)-- Pada hari Isnin Angkatan Penjajah Israil menyerang buat kali kedua bangunan media al-Shorouk, rumah-rumah dan beberapa pejabat media antarabangsa di Bandar Gaza, membunuh seorang pemuda dan mencederakan tujuh yang lain.

Krew ambulan menemui jenazah syuhada Ramiz Najib Hareb yang hangus terbakar setelah bangunannya disasarkan secara langsung, lapor wartawan PIC.

Sumber tempatan berkata tentera Israil melancarkan roket ke menara al-Shorouk di barat bandar gaza, mensasarkan tingkat satu di mana api merebak di empat tingkat pertama.

Sumber menambah bahawa kepulan asap menjulang daripada bangunan dan krew ambulan tiba di tempat kejadian kemudiannya menindahkan beberapa orang yang cedera ke hospital.

Pesawat tempur Israil telah mengebom menara itu dua hari lepas di mana tentera penjajah telah memberi amaran kepada penduduk untuk mengosongkannya sebelum pengeboman.

Jumlah mereka yang syahid dalam serangan Israil ke atas Semenanjung Gaza yang bermula sejak Rabu lepas kini meningkat kepada 102 syuhada.

Sunday, November 18, 2012

Kursus Kecemerlangan Guru 2012

Eastin Hotel, Pulau Pinang - 17 - 18 Nov - Satu Seminar Kecemerlangan Guru MRSM PDRM, Kulim telah diadakan bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme dan kualiti dalam kalangan guru-guru dan organisasi MRSM PDRM.

Seminar yang dirasmikan oleh Tn. Haji Azmi Mohamad, Pengarah Penganjuran Pelajaran MARA diikuti ucaptama mewakili Ketua Pengarah MARA bertajuk Transformasi Pendidikan MRSM, Peranan dan Komitmen Guru Alaf Baru.


Selain itu, seminar ini juga diisi dengan bengkel Pembinaan Pasukan Ke Arah Kecemerlangan Budaya Kerja dan Pembinaan SKT dan KPI yang disampaikan oleh Pn. Norihan Azizan dari Institut Aminudin Baki, Jitra.

Pada hari ke dua (18 November 2012) diteruskan dengan bengkel Gaya Pengajaran Kreatif Menjana Kecemerlangan Pelajar oleh Nithyas Siddhu iaitu penulis kolum akhbar Teachers Talk.


Seminar tamat jam 4.30 petang.

Friday, November 9, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM


Permohonan kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2013 -Semananjung Malaysia Sabah dan Sarawak Maktab Rendah Sains Mara Online
Murid tahun 6 yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR 2012) diperlawa untuk memohon melanjutkan pelajaran di MRSM untuk tahun 2013
permohonan tingkatan 1 mrsm 2013 permohonan kemasukan tingkatan 1 mrsm 2013
Untuk makluman permohonan akan dibuka bermula keputusan UPSR diumumkan pada 19 November ini
Cara untuk memohon
  • Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi
  • Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2012 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online
  • Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga
  • Bagi Sabah dan Sarawak,pemohon mestilah memilih MRSM Tawau yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di url http://www.mara.gov.my
SYARAT UMUM KELAYAKAN MASUK KE MRSM-Semenanjung Malaysia
1. Warganegara Malaysia
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
i. Bumiputera tahun enam
ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 10 hingga 13 Disember 2012 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia
SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM-Sabah dan Sarawak
1. Warganegara Malaysia
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak
(i) Bumiputera tahun enam
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012.
Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 4 Disember 2012
Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 10 Disember 2012
Untuk maklumat tambahan berkaitan yang lebih jelas sila klik pada tajuk pautan (Link) dibawah
Iklan kemasukan MRSM 2013 Tingkatan 1 Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak (Pastikan komputer,dilengkapi perisian PDF-Adobe Reader)

Selamat Bercuti

Selamat Bercuti kepada semua pelajar & guru-guru MRSM PDRM, Kulim..Semoga dapat memanfaatkan cuti sekolah kali ini dengan aktiviti berfaedah dan menjaga keselamatan diri. Kita jumpa lagi untuk sesi 2013 akan datang, Insya Allah.

Sunday, November 4, 2012

Selamat Maju Jaya buat calon SPM 2012


Selamat maju Jaya kepada semua calon SPM 2012 MRSM PDRM, Semoga Allah berikan ketenangan dan kemudahan menjawab soalan. Usaha yang telah dilakukan Insya Allah, dengan izin Allah akan dibayar dengan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Tuesday, October 30, 2012

Jadual Peperiksaan SPM 2012

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012. Jadual waktu tersebut boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah ini turut dipaparkan Jadual Waktu Peperiksaan sebenar bagi SPM 2012 Jadual Waktu SPM 2012

Aidiladha memupuk pengorbanan

Suatu hari, ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di Mekah sedang dalam keadaan tertidur. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t. yang memerintahkannya agar dia menyembelih anaknya, Ismail. Nabi Ibrahim a.s. bangun daripada tidurnya dalam keadaan terkejut dengan mimpinya yang aneh itu. Nabi Ibrahim a.s. meminta keampunan dan perlindungan kepada Allah s.w.t. Dia kembali tidur. Mimpi yang seperti awalnya terjadi lagi. Dia bangun lagi dan tidur lagi. Akan tetapi, mimpinya masih tetap sama.

Nabi Ibrahim a.s. mengetahui bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Amat berat bagi Ibrahim a.s. untuk memberitahu isi wahyu itu kepada Ismail. Ismail pada saat itu menginjak dewasa dan boleh mencari nafkahnya sendiri. Nabi Ibrahim a.s. sangat senang kerana Ismail sudah besar. Nabi Ibrahim a.s. memberitahu perintah Allah s.w.t. tersebut kepada Ismail.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim a.s. berkata, 'Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelih kamu. Maka fikirkanlah apa pendapat kamu!' Dia menjawab, 'Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t. kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'"
(Ash-Saffat: 102)

Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak pergi melaksanakan penyembelihan puteranya itu, beliau berkata kepada Siti Hajar, ibu Ismail a.s.: "Tolong kamu pakaikan anak kamu Ismail pakaian yang paling baik dan cantik kerana aku akan pergi berziarah dengannya."

Siti Hajar memakaikan pakaian yang paling cantik kepada Ismail, memberinya minyak rambut, lalu menyisir rambutnya. Kemudian, Nabi Ibrahim a.s. pergi bersama Ismail dekat dengan kota Mina. Dia juga membawa tali dan pisau yang tajam. Waktu itulah, iblis terkutuk datang menggoda Nabi Ibrahim a.s. Mereka tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Menyaksikan perkara itu, Ismail ketakutan dan berlari ke hadapan ayahnya.

Iblis lalu berkata: "Apakah kamu tidak memerhatikan badannya yang gagah, parasnya yang tampan dan perilakunya yang santun?"

Nabi Ibrahim a.s. menjawab: "Ya, tetapi aku telah diperintah oleh Tuhanku untuk menyembelihnya."

Apabila iblis terkutuk itu putus asa kerana tidak dapat menggoda Nabi Ibrahim a.s., dia pun pergi menemui Siti Hajar dan berkata: "Bagaimana boleh kamu hanya duduk-duduk sahaja, sedangkan Ibrahim pergi dengan anak kamu dan hendak menyembelih anak kamu?"

Siti Hajar menjawab: "Jangan berdusta! Aku tahu seorang ayah tidak akan sanggup menyembelih anaknya sendiri!"

Iblis berkata: "Suami kamu membawa pergi anak kamu sambil membawa tali dan pisau. Dia mengira Tuhannya telah menyuruhnya untuk itu."

Siti Hajar mengelak: "Nabi tidak diperintahkan untuk mengerjakan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika memang Allah s.w.t. telah memerintahkan perkara itu, aku sendiri bersedia untuk menurut perintah itu dengan jiwaku. Bukan hanya jiwa, malah anakku rela kukorbankan demi Allah s.w.t.!"

Apabila iblis terkutuk berputus asa kerana tidak boleh memujuk Siti Hajar, maka dia pergi menemui Ismail seraya berkata: "Hai Ismail, kamu nampak bersenang-senang, sedangkan saat ini ayah kamu membawa tali dan pisau untuk menyembelih kamu."

"Jangan berdusta, hai iblis. Mengapa ayahku hendak menyembelihku?" tanya Ismail.

"Dia mengira bahawa Tuhannya telah menyuruhnya demikian."

"Aku memerhatikan dan mentaati perintah Tuhanku!" tegas Ismail

Ketika iblis yang terkutuk itu melontarkan kata-kata yang lain, terlebih dahulu Ismail a.s. mengambil batu dan tanah lalu melemparkannya kepada iblis sehingga menyebabkan mata iblis yang kiri pecah dan menjadi buta. Setelah itu, barulah iblis pergi. Peristiwa inilah yang melatarbelakangi perintah Allah s.w.t.yang mewajibkan umat Islam untuk melemparkan batu di tempat itu untuk mengusir syaitan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ismail.

Apabila Nabi Ibrahim a.s. sampai di Mina, beliau berkata kepada Nabi Ismail: "Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t. telah memerintahkanku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu?"

Maksud daripada pertanyaan Nabi Ibrahim a.s. adalah dia meminta pendapat Nabi Ismail tentang perintah dalam mimpinya itu. Adakah Ismail akan tabah dan sabar menerima perintah Allah s.w.t. itu, atau Ismail akan menolaknya dan meminta ampun kepada Allah s.w.t. sebelum perintah itu dilaksanakan. Sekaligus sebagai ujian adakah Ismail akan menjawab dengan penuh perhatian dan taat kepada perintah Allah s.w.t. atau tidak.

Lalu Ismail menjawab: "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t. perintahkan kepada kamu. Insya Allah s.w.t., ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."

Apabila Nabi Ibrahim a.s. mendengar jawapan dari puteranya itu, beliau tahu bahawa doanya telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. iaitu: "Rabbi hablii minash solihiin. (Ya Tuhanku, berikanlah aku anak yang soleh)." Lalu, Nabi Ibrahim a.s. pun mengucapkan pujian dan syukur serta berterima kasih kepada Allah s.w.t.

Kemudian Ismail berkata: "Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesanan kepada ayah! Hendaklah ayah mengikat tanganku agar aku tidak dapat bergerak-gerak kerana mungkin aku akan menyakiti ayah. Hadapkan wajahku ke tanah agar ayah tidak dapat melihat wajahku dan berasa kasihan kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah agar tidak dilumuri darah meskipun sedikit sehingga mengurangkan pahalaku dan diketahui oleh ibu hingga dia menjadi sedih. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah dan mempercepatkan sembelihannya di atas leherku agar aku tidak merasa terlalu sakit kerana sesungguhnya mati itu sakit sekali.

Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai kenang-kenangan dariku, serta sampaikan salam hormatku kepadanya dan katakan; Bersabarlah engkau menerima perintah Allah s.w.t. dan jangan beritahu kepadanya bahawa ayah telah menyembelih aku dengan mengikat tanganku. Jangan pula ayah memasukkan anak-anak ke rumah ibu, agar kesedihannya tidak terlalu lama. Begitu juga ayah, janganlah kamu melihat anak seusiaku kerana nanti ayah akan menyesal dan bersedih terhadapku."

Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim a.s. berkata: "Sebaik-baik penolong adalah kamu, wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."

Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim a.s. sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail seperti membaringkan kambiing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim a.s. menelungkupkan wajah Ismail dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.

Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku di suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim a.s. meletakkan pisaunya pada leher Ismail a.s., beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali, tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu.

Sesungguhnya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t. telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim a.s. telah menyembelih puteranya Ismail, mereka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. berfirman: "Perhatikan oleh kamu sekalian tentang hamba-Ku ini, bagaimana dia meletakkan pisau di atas leher puteranya untuk mengharapkan keredhaan-Ku, sedangkan kamu dahulu telah menyatakan sesuatu ketika Aku berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah." Kamu berkata: "Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi dan akan menumpahkan darah, sedangkan kami semua maha sucikan Engkau?"

Kemudian Ismail berkata lagi: " Wahai ayahku, lepaskanlah ikatan tali di tangan dan kakiku agar Allah s.w.t. tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah-Nya. Kemudian letakkan pisau itu di leherku agar malaikat-malaikat tahu bahawa putera Ibrahim a.s. telah mentaati perintah Allah s.w.t. dengan ikhtiar (pilihan sendiri dan secara sukarela)."

Lalu, Nabi Ibrahim pun menelentangkan kedua-dua tangan Ismail dan kedua kakinya yang tanpa ikatan serta memalingkan wajahnya ke tanah lalu menekankan pisau dengan sekuat tenaganya. Namun dengan izin Allah s.w.t., ternyata pisau itu tidak boleh memotong leher Ismail.

Melihat kejadian itu, Ismail berkata: "Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana kamu masih menyimpan cinta kamu untukku. Oleh kerana itulah, kamu tidak boleh menyembelih aku."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. memukulkan pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.

Kemudian Ibrahim a.s. berkata: "Hai pisau, engkau mampu membelah batu itu, tetapi mengapa engkau tidak mampu memotong leher anakku?"

Dengan izin Allah s.w.t., pisau itu dapat berbicara dan menjawab: "Wahai Nabi Allah Ibrahim, kamu memang mengatakan "Potonglah!" kepadaku, sedangkan Tuhan penyeru alam sekalian juga berfirman: "Jangan kamu potong!" Maka bagaimana mungkin aku mentaati kamu, sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Dan kami menyeru: "Hai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi kamu. Daripada semua yang kamu lakukan, Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang-orang yang taat kepada perintah-Ku. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ujian ini."

"Maka, Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dengan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang telah diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Ismail ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu ketika terakhir kali engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."

Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t. dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim a.s. sambil berucap: "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."

Lalu Nabi Ibrahim a.s. membalas ucapan Jibril dengan ucapan: "La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."

Begitu juga Ismail, dia menyambutnya dengan ucapan: "Allahu akbar wa lillahil hamdu."

Kemudian Allah s.w.t. memuliakan ucapan itu lalu mewajibkan umat Islam untuk mengucapkannya pada hari raya Aidil Adha untuk mengikut jejak Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya, Nabi Ismail yang sentiasa redha dan taat dalam menjalankan perintah Allah s.w.t.

Monday, October 29, 2012

Majlis Mohon Restu SPM 2012


MRSM PDRM, 24 Okt. - Majlis Mohon Restu SPM 2012 telah diadakan di Masjid Saidina Ali Karramallahuwajhah disertai para pelajar tingkatan 5, guru-guru dan ibu bapa pelajar dimulai dengan bacaan Yaasin dan Solat Hajat yang dipimpin oleh guru-guru agama MRSM PDRM, Kulim.

GAMBAR : Majlis Graduasi PMR & SPM 2012


MRSM PDRM, 24 Okt. - MRSM PDRM mengucapkan Tahniah kepada semua graduan MRSM PDRM bagi calon PMR dan SPM yang berjaya bergraduasi dalam Majlis Graduasi PMR & SPM 2012 yang diadakan di Dewan Sri Lanang, MRSM PDRM, Kulim.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Khas :

Sahsiah Terbaik Putera F3-Muiz Mahathir
Sahsiah Terbaik Puteri F3-Hidayah Zamri
Sahsiah Terbaik Putera F5-Mohd Farouk Nordin
Sahsiah Terbaik Puteri F5-Ain Natasya Mohd Termeezee
Terbaik Keseluruhan F3-Muhammad Amirul Mohd Rodzi
Terbaik Keseluruhan F5-Azri Jufri Jahari

Galeri Majlis Graduasi PMR & SPM 2012 - 
Slideshow

Annual Dinner Gemilang PMR 2012


Kulim Golf Resort, 23 Okt - Annual Dinner Gemilang PMR 2012 telah diadakan dengan meriahnya di Kulim Golf Resort, Kulim Hightech yang turut dihadiri pelajar tingkatan 3, guru-guru serta kakitangan itu dirasmikan oleh Pengetua MRSM PDRM, Puan Hjh. Ahadiah bt Kandar

Monday, October 22, 2012

Ceramah Khas Isu Syria


MRSM PDRM - Satu Ceramah Khas Isu Syria telah diadakan di Dewan Serbaguna (DSG) MRSM PDRM anjuran Hal Ehwal Pelajar hari ini disampaikan oleh Ustaz Mohamad Nadir An Nuri (pelajar Malaysia di Syria) yang juga Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia di Syria.

Sunday, October 7, 2012

Permohonan Kemasukan ke TINGKATAN 4 MRSM 2013

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia. 
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh
    Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.

Download iklan : Link 1

MRSM di Malaysia

"Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami percaya bahawa pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kerbergunaan manusia kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Kami juga yakin bahawa sekolah yang berkualiti dan cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Di samping itu, setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan."