Program Deco-deco Apartmentku yang baru diperkenalkan sejak bulan Julai baru-baru ini telah melonjak perubahan yang positif terhadap keceriaan apartment-apartment pelajar MRSM PDRM yang kini berubah wajah.
MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3
Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.
Program Profesionalisme Guru dan Staf
Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015
Hari Kualiti dan Inovasi
Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
Monday, November 16, 2015
Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2016
5:43 AM
No comments
Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi portal rasmi telah membuka permohonan untuk calon memohon kemasukan ke tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2016 di Semenanjung Malaysia secara atas talian (online)
Kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2016
5:37 AM
No comments
Bahagian Pendidikan Menengah Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi portal rasmi telah menerbitkan grafik iklan permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2016 untuk pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Program Deco-Deco Apartmentku
1:24 AM
No comments
"Sejak saya datang ke MRSM PDRM, saya sangat teruja dengan keterbezaan MRSM PDRM
terutamanya asramanya. Sepatutnya keterbezaan itu menjadi kekuatan untuk MRSM PDRM ini melangkah ke arah kejayaan yang lebih gemilang.
Saya sangat percaya kejayaan pelajar menghidupkan asrama adalah sumber inspirasi ke arah kejayaan dalam bidang akhlak dan akademik. Insya Allah, warga MRSM PDRM mampu melakukannya.
Oleh itu, garapan usaha dari ibubapa, guru-guru homeroom, guru asrama, serta kepimpinan pelajar diharap dapat menyahut Cabaran 100 hari saya agar asrama MRSM PDRM muncul sebagai salah satu kebanggaan warga MRSM PDRM di masa akan datang. Insya Allah."
Objektif :
1. Mewujudkan persekitaran asrama MRSM PDRM yang selesa, cantik dan selamat untuk didiami.
2. Memupuk perasaan sayang kepada asrama di kalangan pelajar.
3. Mewujudkan kerjasama erat antara ibubapa, pengurusan maktab dan guru-guru homeroom untuk kepentingan dan kejayaan maktab.
DECO-DECO Apartmentku memberi ruang untuk para pelajar menterjemahkan konsep-konsep positif dalam perubahan asrama yang sedang dirancang. Proses hiasan ini mestilah memiliki 10 konsep utama yang berikut :
1. Ceria - Aktiviti Deco-deco Apartmentku hendaklah memilih warna dan perhiasan yang sesuai dengan keceriaan. Keceriaan membangkitan motivasi pelajar.
2. CANTIK - Elemen cantik perlu untuk memukau pandangan dan menimbulkan kebanggaan terhadap unit apartment masing-masing.
3. HARMONI - Konsep deco-deco hendaklah mempunyai unsur keHARMONIan. Menggabungkan elemen-elemen yang sesuai dengan adat budaya masyarakat Malaysia.
4. BIJAKSANA - Hiasan yang ditampilkan oleh pelajar mestilah melambangkan keBIJAKSANAan pelajar melalui pemilihan elemen-elemen kontemporari dan penuh ketelitian.
5. KREATIF - Aktiviti ini adalah ruang pelajar menterjemahkan kreativiti dan kemahiran diri menghias dan mencantikkan unit apartment.
6. INOVASI - Hiasan DECO-DECO menampilkan konsep inovasi dalam setiap hiasan yang dipilih.
7. KEMAS - Elemen kekemasan sangat penting dalam menyusun dan memastikan apartment dalam keadaan menarik.
8. BERSIH - Unsur paling penting iaitu memastikan kebersihan apartment sepanjang masa.
9. SERAGAM - Hiasan-hiasan di apartment juga mementingkan keseragaman dan konsisten.
10. 3K - Aspek Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan juga penting untuk memastikan apartment sentasa menitik beratkan persoalan bersih, menjamin kesihatan, dan selamat untuk
didiami.
Monday, October 26, 2015
Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester 2 2015
1:08 AM
No comments
Sesi pengajian 2015 semakin menuju penghujungnya. Selesainya peperiksaan PT3 untuk pelajar tingkatan 3, kini giliran pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 5 pula bakal berhadapan peperiksaan Akhir Semester 2 dan SPM.
Pihak pengurusan maktab mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan calon SPM 2014 yang akan terus melakar kejayaan dan kecemerlangan untuk MRSM PDRM.
Pihak pengurusan maktab mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan calon SPM 2014 yang akan terus melakar kejayaan dan kecemerlangan untuk MRSM PDRM.
Wednesday, January 14, 2015
Tahniah, keputusan Cemerlang PT3 2014
7:44 PM
No comments
Keputusan PT3 2014 yang diumumkan telah menunjukkan kejayaan Cemerlang MRSM PDRM dengan mencatat Gred Purata Maktab 1.2006. Tahniah diucapkan kepada semua guru, pelajar dan juga staf MRSM PDRM yang sentiasa memberikan kerjasama untuk menaikkan nama MRSM PDRM.
Tahun 2015 yang mencabar, terus berjaya
7:41 PM
No comments
Selamat menyambut tahun baru 2015 dengan penuh keazaman untuk meneruskan kecemelangan syahsiah dan akademik. Pelajar akan pulang ke maktab pada 12 Januari 2015 dan memulakan sesi akademik pada 13 Januari 2015.
Wednesday, November 19, 2014
Selamat Bercuti Guru & Pelajar
6:46 PM
No comments
Selamat bercuti akhir tahun kepada semua guru dan pelajar MRSM PDRM. Semoga dapat memanfaatkan cuti sekolah yang panjang dengan aktiviti bersama keluarga dan membuat persiapan sesi persekolahan yang baru 2015 nanti. Pelajar akan bercuti dari 13 November 2014 hingga 4 Januari 2015, manakala guru akan mula bercuti bermula 19 November 2014 hingga 30 Disember 2014.
Sunday, November 2, 2014
SPM 2014 : Jadual Peperiksaan SPM 2014
1:31 AM
No comments
Jadual waktu peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2014 telahpun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Peperiksaan Malaysia. Peperiksaan bertulis SPM tahun 2014 dijangka bermula pada Isnin, 3 November 2014 dan berakhir pada 3 Disember 2014. Semua calon-calon peperiksaan SPM 2014 diharap dapat membuat segala persediaan rapi untuk menghadapinya.
Selamat Menduduki Peperiksaan Semester 2 dan SPM
1:18 AM
No comments
PERMOHONAN TINGKATAN 4 MRSM 2015
1:05 AM
No comments
Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya telah membuka tawaran untuk calon memohon kemasukan ke tingkatan 4 MRSM bagi tahun 2015 di semenanjung Malaysia secara atas talian (online) Berikut penulis sertakan maklumat berkaitan, antaranya prosedur untuk membuat permohonan dan syarat pemilihan kemasukan ke tingkatan empat (4) Maktab Rendah Sains MARA tahun 2015
PERMOHONAN TINGKATAN 1 MRSM 2015
1:00 AM
No comments
Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya akan menerbitkan grafik iklan permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2015 semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Wednesday, October 15, 2014
Majlis Graduasi Ting. 5 2014
9:50 PM
No comments
Satu majlis Graduasi 2014 akan diadakan pada Ahad, 19 Oktober 2014 ini di Dewan Sri Lanang, MRSM PDRM.Majlis Graduasi merupakan majlis bersejarah bagi para pelajar MRSM dan akan menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar-pelajar yang telah tamat
pengajian di MRSM.
Pindaan Cuti Deepavali
9:32 PM
No comments
MRSM PDRM - Mengikut pekeliling MARA iaitu berkaitan cuti Deepavali pada 23 Oktober 2014 (Khamis) telah dipinda kepada 22 Oktober 2014 (Rabu).
Monday, October 13, 2014
PT3 : Selamat Maju Jaya
3:58 AM
No comments
Pihak MRSM PDRM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar tingkatan 3 yang menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai hari, 13 Okt 2014 ini hingga Rabu.
Tuesday, July 1, 2014
Program Ehya Ramadhan 1435H/2014
8:01 PM
No comments
Insya Allah sempena kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak. Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) MRSM PDRM, Kulim akan menyusun aktiviti-aktiviti berfaedah untuk para pelajar MRSM PDRM.
Antara aktivti yang akan dijalankan ialah :
Antara aktivti yang akan dijalankan ialah :
• Tadarus
al quran
• Ceramah
perdana
/ kuliah
fiqh
• Jom
bersedekah
“sehari
10 sen”
• Pertandingan
hafazan
mini ulul albab
• Pertandingan
pencetus
ummah
& ustazah pilihan
• Pertandingan
poster ramadhan
• Risalah
“qaryah
ramadhan”
• Kami
prihatin
bersama
ngo
Islamic relief DAN SUMBANGAN SEDEKAH KEPADA UMAT ISLAM ROHINGYA
• TEKA SILANGKATA RAMADHAN
Selamat Berpuasa..Berkatilah kami di bulan Ramadhan
7:33 PM
No comments
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Wednesday, June 25, 2014
Pembubaran & Pemilihan Badan Wakil Pelajar
9:11 PM
No comments
Setelah setahun berlalu, Badan Wakil Pelajar (BWP) MRSM PDRM sesi 2013/2014 telah melabuhkan tirai khidmat mereka sebagai wakil pelajar. Bermula 23 Jun yang lalu, bermula dengan sesi Pembentangan Laporan BWP sesi 2013/14 serta perletakan jawatan, satu pemilihan baru perlu dibuat.
Sunday, June 22, 2014
Makluman : Cuti Bermalam Pilihan
9:18 PM
No comments
Para pelajar MRSM PDRM dibenarkan untuk pulang bercuti pilihan sempena kedatangan awal bulan Ramadhan bermula 26 Jun - 29 Jun 2014 (Khamis - Ahad)..Para pelajar dibenarkan pulang selewat-lewatnya jam 11 malam. Selamat Bercuti dan menyambut Bulan Ramadhan yang mulia...
Monday, February 3, 2014
TOT Kepimpinan ala Al Fateh
9:55 PM
No comments
AKAN DATANG ...Kem Kepimpinan Pelajar 2014 pada 6-8 Februari menampilkan Ibrahparadigm sebagai fasilitator membentuk kepimpinan diri pelajar kepada 100 pelajar di Puncak Beris, Sik Kedah...Insya Allah semoga program ini ini memberi manfaat untuk semua peserta..
http://ibrahparadigm.com.my/v2/
http://ibrahparadigm.com.my/v2/
Subscribe to:
Posts (Atom)


















.jpg)












