Lihat gambar : Link
MRSM PDRM berdoa kejayaan SPM dan PT3
Kejayaan akan terhasil dari usaha dan komitmen tinggi semua pihak. Akhirnya doa disisi Tuhan.
Program Profesionalisme Guru dan Staf
Program Profesionalisme untuk guru dan staf MRSM PDRM 2015
Hari Kualiti dan Inovasi
Majlis Anugerah sempena Hari Kualiti dan Inovasi guru dan staf MRSM PDRM akan diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
Monday, January 28, 2013
GAMBAR : Ceramah Maulidur Rasul 1434H
7:44 PM
No comments
Lihat gambar : Link
Monday, January 14, 2013
Pelancaran Gemilang PMR & SPM 2013
9:22 PM
No comments
Dewan Sri Lanang, 13 Januari - Majlis Pelancaran Gemilang PMR & SPM 2013 telah digerakkan dan dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang di Dewan Sri Lanang, MRSM PDRM oleh Yang Dipertua Muafakat MRSM PDRM, Kulim, Dr Jamil.
Majlis diserikan dengan persembahan Gimik Pelancaran yang kreatif dan penuh dramatik oleh Badan Wakil Pelajar.
Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar oleh wakil pelajar Tingkatan 5 dan diikuti semua pelajar tingkatan 5 dan 3.
Semoga calon-calon SPM dan PMR 2013 dapat menanam azam tahun 2013 ini untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM dan PMR pada tahun ini bagi merealisasikan cita-cita warga MRSM PDRM No.1. Insya Allah.
Tuesday, January 8, 2013
Guru dan Murabbi
9:13 PM
No comments
Murabbi membawa maksud ‘pendidik’, yakni orang yang dipertanggungjawabkan bukan sahaja mengajar sesuatu ilmu, bahkan membentuk sahsiah dan peribadi murid ke arah kehidupan yang bermakna.
Kemasukan ke MRSM 2013
9:05 PM
No comments
Semakan MRSM 2013 bagi keputusan Kemasukan ke MRSM 2013 untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4 akan tiba tidak lama sahaja lagi. Berdasarkan maklumat dan informasi yang kami perolehi tarikh semakan MRSM 2013 akan diumumkan pada minggu ketiga Januari 2013.
Seperti biasa setiap daripada anda yang ada menghantar permohonan ke MRSM boleh mengetahui keputusan kemasukan ke MRSM dengan melakukansemakan MRSM 2013 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 secara online atau secara SMS :
Semakan MRSM 2013 (Keputusan Kemasukan) Secara SMS
Anda boleh buat semakan kemasukan ke MRSM 2012 secara SMS. Format yang disediakan oleh pihak MARA adalah seperti berikut :
MARA<jarak>MRSM<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888
Semakan MRSM 2013 (Keputusan Kemasukan) Secara Online
Sunday, December 30, 2012
Program Re-Orientasi Pelajar Ting.2,3 & 5
8:56 AM
No comments
Program Re-Orientasi Pelajar Ting.2,3 & 5 akan diadakan sepanjang minggu pertama pendaftaran bermula 1 hingga 4 Januari 2013. Sila rujuk Jadual lampiran ...Klik untuk besarkan..
Selamat Kembali ke MRSM PDRM
8:36 AM
No comments
Perhatian kepada semua pelajar MRSM PDRM (Tingkatan 2, 3 dan 5) 2013, anda dikehendaki untuk mendaftar di maktab pada tarikh 1 Januari 2013. Manakala pelajar Tingkatan 4, dikehendaki utk mendaftar pada 6/1/2013.. Semoga selamat smpai di sni..
INSYAALLAH
INSYAALLAH
Sunday, December 23, 2012
MRSM PDRM Cemerlang 23 terbaik MRSM + SBP
6:57 AM
No comments
Tahniah buat MRSM PDRM yang cemerlang menduduki tangga ke 23 mengikut ranking MRSM dan SBP. Bersyukurlah kepada Tuhan atas kejayaan ini dan semoga kecemerlangan ini berkekalan.
Thursday, December 20, 2012
PMR 2012 : MRSM PDRM catat GPM 1.0651
6:47 AM
No comments
MRSM PDRM, Kulim - MRSM PDRM meneruskan kecemerlangan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR 2012) dengan pencapaian cemerlang dengan 82 pelajar mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran dan Gred Purata Maktab (GPM) 1.0651 meskipun sedikit merosot berbanding keputusan tahun lalu dalam keputusan PMR yang diumumkan semalam.
Monday, December 10, 2012
Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM
5:10 AM
1 comment
MRSM Kulim - Lebih 400 pelajar cemerlang UPSR 2012 telah mengikuti Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) di MRSM PDRM, Kulim hari ini untuk kemasukan ke tingkatan 1 2013 di MRSM. Ujian tersebut bermula jam 8.30 pagi terbahagi kepada dua fasa iaitu sesi temuduga dan ujian bertulis di Dewan Sri Lanang berakhir jam 3.30 petang. Pihak MRSM PDRM mengcapkan Selamat Maju Jaya kepada semua calon-calon yang telah mengikuti ujian tersebut.
Tuesday, November 20, 2012
Pray 4 Gaza : Gaza terus berdarah
4:01 PM
No comments
20 November 2012 - GAZA, (PIC)-- Pada hari Isnin Angkatan Penjajah Israil menyerang buat kali kedua bangunan media al-Shorouk, rumah-rumah dan beberapa pejabat media antarabangsa di Bandar Gaza, membunuh seorang pemuda dan mencederakan tujuh yang lain.
Krew ambulan menemui jenazah syuhada Ramiz Najib Hareb yang hangus terbakar setelah bangunannya disasarkan secara langsung, lapor wartawan PIC.
Sumber tempatan berkata tentera Israil melancarkan roket ke menara al-Shorouk di barat bandar gaza, mensasarkan tingkat satu di mana api merebak di empat tingkat pertama.
Sumber menambah bahawa kepulan asap menjulang daripada bangunan dan krew ambulan tiba di tempat kejadian kemudiannya menindahkan beberapa orang yang cedera ke hospital.
Pesawat tempur Israil telah mengebom menara itu dua hari lepas di mana tentera penjajah telah memberi amaran kepada penduduk untuk mengosongkannya sebelum pengeboman.
Jumlah mereka yang syahid dalam serangan Israil ke atas Semenanjung Gaza yang bermula sejak Rabu lepas kini meningkat kepada 102 syuhada.
Krew ambulan menemui jenazah syuhada Ramiz Najib Hareb yang hangus terbakar setelah bangunannya disasarkan secara langsung, lapor wartawan PIC.
Sumber tempatan berkata tentera Israil melancarkan roket ke menara al-Shorouk di barat bandar gaza, mensasarkan tingkat satu di mana api merebak di empat tingkat pertama.
Sumber menambah bahawa kepulan asap menjulang daripada bangunan dan krew ambulan tiba di tempat kejadian kemudiannya menindahkan beberapa orang yang cedera ke hospital.
Pesawat tempur Israil telah mengebom menara itu dua hari lepas di mana tentera penjajah telah memberi amaran kepada penduduk untuk mengosongkannya sebelum pengeboman.
Jumlah mereka yang syahid dalam serangan Israil ke atas Semenanjung Gaza yang bermula sejak Rabu lepas kini meningkat kepada 102 syuhada.
Sunday, November 18, 2012
Kursus Kecemerlangan Guru 2012
8:06 AM
No comments
Eastin Hotel, Pulau Pinang - 17 - 18 Nov - Satu Seminar Kecemerlangan Guru MRSM PDRM, Kulim telah diadakan bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme dan kualiti dalam kalangan guru-guru dan organisasi MRSM PDRM.
Seminar yang dirasmikan oleh Tn. Haji Azmi Mohamad, Pengarah Penganjuran Pelajaran MARA diikuti ucaptama mewakili Ketua Pengarah MARA bertajuk Transformasi Pendidikan MRSM, Peranan dan Komitmen Guru Alaf Baru.
Selain itu, seminar ini juga diisi dengan bengkel Pembinaan Pasukan Ke Arah Kecemerlangan Budaya Kerja dan Pembinaan SKT dan KPI yang disampaikan oleh Pn. Norihan Azizan dari Institut Aminudin Baki, Jitra.
Pada hari ke dua (18 November 2012) diteruskan dengan bengkel Gaya Pengajaran Kreatif Menjana Kecemerlangan Pelajar oleh Nithyas Siddhu iaitu penulis kolum akhbar Teachers Talk.
Seminar tamat jam 4.30 petang.
Seminar yang dirasmikan oleh Tn. Haji Azmi Mohamad, Pengarah Penganjuran Pelajaran MARA diikuti ucaptama mewakili Ketua Pengarah MARA bertajuk Transformasi Pendidikan MRSM, Peranan dan Komitmen Guru Alaf Baru.
Selain itu, seminar ini juga diisi dengan bengkel Pembinaan Pasukan Ke Arah Kecemerlangan Budaya Kerja dan Pembinaan SKT dan KPI yang disampaikan oleh Pn. Norihan Azizan dari Institut Aminudin Baki, Jitra.
Pada hari ke dua (18 November 2012) diteruskan dengan bengkel Gaya Pengajaran Kreatif Menjana Kecemerlangan Pelajar oleh Nithyas Siddhu iaitu penulis kolum akhbar Teachers Talk.
Seminar tamat jam 4.30 petang.
Friday, November 9, 2012
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 MRSM
7:46 AM
No comments
Permohonan kemasukan Tingkatan 1 MRSM 2013 -Semananjung Malaysia Sabah dan Sarawak Maktab Rendah Sains Mara Online
Murid tahun 6 yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR 2012) diperlawa untuk memohon melanjutkan pelajaran di MRSM untuk tahun 2013

Untuk makluman permohonan akan dibuka bermula keputusan UPSR diumumkan pada 19 November ini
Cara untuk memohon
- Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi
- Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2012 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online
- Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga
- Bagi Sabah dan Sarawak,pemohon mestilah memilih MRSM Tawau yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di url http://www.mara.gov.my
SYARAT UMUM KELAYAKAN MASUK KE MRSM-Semenanjung Malaysia
1. Warganegara Malaysia
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
i. Bumiputera tahun enam
ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 10 hingga 13 Disember 2012 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia
SYARAT KELAYAKAN MASUK KE MRSM-Sabah dan Sarawak
1. Warganegara Malaysia
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak
2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak
(i) Bumiputera tahun enam
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012.
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012.
Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 4 Disember 2012
Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 10 Disember 2012
Untuk maklumat tambahan berkaitan yang lebih jelas sila klik pada tajuk pautan (Link) dibawah
Iklan kemasukan MRSM 2013 Tingkatan 1 Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak (Pastikan komputer,dilengkapi perisian PDF-Adobe Reader)
Selamat Bercuti
6:59 AM
No comments
Selamat Bercuti kepada semua pelajar & guru-guru MRSM PDRM, Kulim..Semoga dapat memanfaatkan cuti sekolah kali ini dengan aktiviti berfaedah dan menjaga keselamatan diri. Kita jumpa lagi untuk sesi 2013 akan datang, Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















